Jurugambar didakwa cederakan dua pereka fesyen

PETALING JAYA — Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen dalam satu majlis di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Muhamad Imran Khairil, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap beliau dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Imran didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 47 dengan menggunakan sebuah kamera sebagai senjata.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Raziman Din, 53, dengan menggunakan sebuah kamera sebagai senjata.

Muhammad Imran didakwa melakukan kedua-dua pertuduhan itu pada jam 8.45 malam dan 9 malam di Level 1 Grand Ball Room M World Hotel Petaling Jaya-Avante Hotel, Persiaran Bandar Utama, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran ketika prosiding mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh yang bekerja sebagai jurugambar bebas sudah berkahwin dan menanggung kedua ibu bapa selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Farah Azura membenarkan tertuduh dijamin dengan RM3,500 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu kedua-dua mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan dua pereka fesyen, Razman dan Razmi cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dalam kejadian itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen yang menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.

Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric