Bapa maut, anak terselamat kereta dihempap pokok

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Bukit Kuda, Klang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali Azhehari Ansar, 46, yang beralamat di Kampung Jawa, Klang.

Katanya, terdahulu bomba menerima laporan berhubung insiden itu jam 6.31 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan bergegas ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kejadian membabitkan sebatang pokok yang tumbang dan menghempap kereta dinaiki bapa dan anak itu.

“Remaja perempuan berusia 13 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan orang awam, manakala bapanya tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Anggota bomba kemudian memotong pokok dan mengeluarkan mangsa jam 7.12 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaannya dihempap batang pokok dalam kejadian di Bulatan Seksyen 15 dekat sini, petang tadi.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.49 petang dan sepasukan anggota dari BBP Shah Alam bergegas ke lokasi.

“Kejadian membabitkan sebatang pokok yang tumbang dan menimpa sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 23 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric