LONDON – Kapal kontena Solong dan kapal tangki kimia Stena Immaculate kedua-duanya mengalami kerosakan besar akibat perlanggaran yang berlaku di luar pantai Britain, kata pemilik Solong pada Isnin.
“Kedua-dua kapal telah mengalami kerosakan yang ketara dalam impak perlanggaran dan kebakaran berikutnya,” kata pemilik Solong yang berpangkalan di Hamburg, Ernst Russ, dalam satu kenyataan.
“13 daripada 14 kru Solong telah selamat dibawa ke darat. Usaha mencari kru yang hilang sedang dijalankan.”
REUTERS