‘Peguam bela halang polis ambil keterangan Najib mengenai pelaburan usaha sama 1MDB’ – saksi

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pihak berkuasa gagal mendapatkan penjelasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perjanjian usaha sama pelaburan di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat penerokaan minyak, PetroSaudi International Ltd (PSI).

Melalui perjanjian usaha sama itu, 1MDB membuat pelaburan sebanyak AS$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan dalam syarikat usaha sama, manakala syarikat samaran, PetroSaudi Holdings Cayman yang hanya menyuntik aset bernilai AS$108 juta mendapat 60 peratus pegangan saham.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi itu meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta, yang berpunca daripada pindahan dana yang dibuat 1MDB kepada Good Star Ltd, iaitu syarikat yang dikatakan milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low

Saksi pembelaan ke-11 iaitu bekas Senior Asisten Komisioner (SAC), R Rajagopal, yang juga penyiasat 1MDB, berkata peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah usaha pihaknya daripada merakamkan keterangan Najib.

Menurut saksi itu, siasatan terbabit adalah berhubung usaha polis menyiasat sama ada bekas perdana menteri itu mengarahkan sayap pelaburan negara itu memasukkan AS$1 bilion pada tahun 2009 melalui usaha sama dengan Petrosaudi Holdings.

Rajagopal memberi keterangan itu ketika disoal Muhammad Shafee pada sesi pemeriksaan semula, sama ada siasatan beliau menunjukkan bahawa pernah ada arahan daripada Najib, selaku bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Siasatan saya berpandukan kepada keputusan yang dibuat Lembaga Pengarah melalui pelaburan membabitkan PetroSaudi Holdings (yang kononnya anak syarikat Petrosaudi International Ltd iaitu syarikat yang sah).

“Mengenai persoalan, sama ada Datuk Seri Najib ada memberi arahan dalam pelaburan berkenaan, saya ada memohon untuk merakam keterangannya ketika itu tetapi peguam, Tan Sri Muhammad Shafee menyuarakan bantahan kerana katanya Datuk Seri Najib ketika itu sudah dituduh di mahkamah.

“Jadi beliau (Muhammad Shafee) membantah polis merakam kenyataan Datuk Seri Najib,” katanya.

Bagi kes pendakwaan, satu perjanjian usaha sama palsu di antara 1MDB dan PSI yang dikenali sebagai projek Aria diwujudkan Najib, di mana 1MDB meminjam AS$1 bilion kononnya untuk membuat pelaburan dalam syarikat usaha sama dikenali sebagai 1MDB Petro Saudi Limited (1MDB-PSI)

Dana terbabit adalah untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat usaha sama, di mana PSI memperoleh 60 peratus pegangan saham dengan menyuntik beberapa aset melalui nilai yang diragukan.

Bagaimanapun, usaha sama itu tidak dimasuki dengan PSI, sebaliknya melalui satu syarikat, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan Tarek Obaid (kenalan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low) melaksanakan perjanjian bagi mewakili PetroSaudiHoldings.

Sementara itu, Rajagopal berkata, pihak berkuasa masih gagal mengesan sekutu Jho Low, iaitu bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan 1MDB, Casey Tang Keng Chee.

Keng Chee dikatakan berkomplot memindahkan dana berjumlah AS$700 juta milik 1MDB yang sepatutnya disalurkan kepada syarikat usahasama 1MDB-PSI, kepada syarikat Good Star Ltd yang dikaitkan dengan Jho Low.

Rajagopal berkata, pihaknya berusaha mencari lelaki itu dengan mengeluarkan notis merah terhadapnya pada tahun 2018 dan 2019, tetapi masih tidak berjaya menahannya.

Saksi itu berkata, beliau merekodkan kenyataan Keng Chee pada Jun 2016 di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, yang ditemani peguamnya, Selva Mookiah.

Ketika membela diri pada Disember tahun lalu, Najib berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, tidak pernah diberi kuasa atau diarah untuk memeterai perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi Holdings kerana ia bertentangan langsung dengan resolusi Lembaga Pengarah pada 26 September 2009.

Beliau berkata, Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bahawa jumlah pelaburan sebanyak AS$1 bilion dibahagikan kepada dua penerima berasingan dengan AS$700 juta ke akaun Good Star milik Jho Low dan AS$300 juta kepada Akaun 1MDB PSI di JP Morgan.

Beliau berkata, melalui bukti dokumen dibentangkan dalam perbicaraan, beliau mendapat tahu lima hari selepas AS$700 juta dipindahkan tanpa kebenaran Lembaga Pengarah 1MDB, Shahrol Azral dan Keng Chee memindahkan dana itu ke syarikat Good Star.

Najib membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric