Warga Bangladesh maut terkena bongkah batu 50kg, MBPP dan JKR diminta siasat

GEORGETOWN – Buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangi terbabas selepas terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong arah ke Farlim, Jumaat lalu.

Bongkah batu disyaki terjatuh dari lereng bukit dan mengenai kepala mangsa ketika dia melalui laluan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah malam ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR, dalam perjalanan dari Bayan Lepas menghala ke Farlim.

Katanya, ketika tiba di Jalan Paya Terubong berhampiran tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB), tiba-tiba objek disyaki batu bersaiz 0.5 meter dengan anggaran 50 kilogram (kg) jatuh dari lereng bukit sebelum mengenai kepala mangsa.

“Impak daripada kejadian itu, mangsa terjatuh di atas jalan rata manakala motosikalnya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

“Mangsa yang berusia 34 tahun itu cedera di kepala dan muka dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Swee Sake berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata pihak sudah menerima laporan mengenai kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal terkena batu yang jatuh dari lereng bukit berkenaan.

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah diminta menyiasat dengan segera mengenai punca batu berkenaan terjatuh serta tahap keselamatan cerun berkenaan.

“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya yang melalui jalan ini diminta supaya berhati-hati,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook