Lelaki maut dihempap lori dipandu

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas dihempap lori dipandunya di sebuah tapak pembinaan dekat Antara Gapi, di sini semalam.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori selama dua tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati lori 10 tan membawa muatan tanah untuk tujuan tambak di kawasan pembinaan.

“Selepas selesai mengeluarkan muatan tanah, kenderaan berat terbabit tiba-tiba condong ke sebelah kanan.

“Mangsa turun untuk menyelamatkan diri, namun tidak sempat sebelum dihempap,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook