Lelaki Singapura ditemukan lemas, rakan hilang ketika mandi di Pulau Mawar

MERSING – Seorang lelaki warga Singapura lemas manakala seorang lelaki warga India masih hilang ketika bermandi manda di pantai Pulau Mawar, di sini 2.37 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd Alias Husin, rakan mereka seorang lelaki warga tempatan selamat selepas berjaya menyelamatkan diri daripada dibawa arus deras.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar kejadian tiga orang mangsa lelaki dewasa lemas ketika mandi di Pulau Mawar.

“Seorang mangsa lelaki warga tempatan berjaya menyelamatkan diri manakala dua rakannya dipercayai lemas dibawa arus deras.

“Seorang mangsa lelaki warga Singapura telah ditemui terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di permukaan pantai, dan telah di bawa ke pesisir pantai oleh orang awam sebelum PKO tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pencarian masih diteruskan dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan di kawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera terbabit dalam operasi berkenaan.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook