
GAZA, 18 Jun 2025 – Sekurang-kurangnya 34 rakyat terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada pagi Rabu akibat tembakan dan bedilan tentera pendudukan Israel di beberapa kawasan di Jalur Gaza.
Wartawan WAFA melaporkan 11 rakyat terbunuh dan berpuluh-puluh pencari bantuan cedera akibat tembakan dan bedilan Israel dekat Wadi Gaza di tengah Jalur Gaza.
Menurutnya, tentera pendudukan juga melakukan pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Maghazi di tengah Jalur Gaza selepas mengebom sebuah rumah milik keluarga al-Ghamri. Sepuluh rakyat terbunuh, termasuk bapa, ibu, dan anak-anak mereka.
Lapan rakyat turut terbunuh dan yang lain cedera apabila tentera pendudukan mengebom sebuah rumah dekat Masjid Ali di kawasan kejiranan al-Zeitoun di bandar Gaza. Lima lagi rakyat terbunuh termasuk bapa, ibu dan dua anak mereka daripada keluarga Rasras. Yang lain cedera apabila pesawat Israel mengebom khemah orang yang dipindahkan di kawasan al-Attar di Khan Yunis.
Wartawan WAFA menyatakan pasukan pendudukan melakukan operasi pengeboman besar-besaran terhadap rumah orang awam di timur bandar Gaza dan Jabalia di utara Gaza.
Jumlah mangsa yang terkorban sejak pelaksanaan mekanisme titik agihan bantuan pada 27 Mei 2005, telah melebihi 300 orang, dengan berpuluh-puluh lagi cedera.
Pusat pengedaran bantuan Yayasan Bantuan Kemanusiaan Gaza Israel-Amerika, sebuah organisasi yang ditolak PBB, telah menjadi perangkap untuk pembunuhan besar-besaran. Ini bukan sahaja sengaja mencabul maruah warganegara, tetapi juga memaksa mereka melarikan diri di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang melanda.
WAFA