Jurulatih memanah didakwa amang seksual, seks luar tabii remaja 15 tahun

KLANG – Seorang jurulatih memanah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Faizul Md Taib bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Untuk pertuduhan amang seksual Mohd Faizul didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun hingga 20 tahun dan sebat.

Semua kesalahan dilakukan di sebuah tandas sekitar daerah ini, kira-kira jam 4.20 petang pada 10 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi mencadangkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi secara sendiri atau melalui wakil.

Tertuduh yang diwakili Peguam Daneish Thayalan dalam mitigasinya memaklumkan anak guamnya adalah jurulatih memanah dengan pendapatan bulanan RM4,000 dan menanggung seorang anak dan isteri.

“Tertuduh juga menanggung perubatan bapanya yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Anak guam saya juga tiada masalah untuk melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan memohon jaminan dikurangkan,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 19 Ogos depan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR