
ISTANBUL – Pasukan tentera Iran melancarkan berpuluh-puluh dron terhadap Israel dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Agensi Berita Iran Mehr.
“Dalam 24 jam lalu, peringkat ketujuh dan kelapan serangan dron telah dilakukan, dengan berpuluh-puluh dron pelbagai jenis dron pemusnah Tentera Republik Islam Iran dilancarkan ke arah wilayah yang diduduki,” kata tentera pada Sabtu.
“Maklumat yang diterima menunjukkan bahawa kebanyakan dron itu melanda sasaran mereka,” lapor agensi berita itu, memetik tentera.
Kemudian pada petang Sabtu, jurucakap tentera Markas Pusat Khatam al-Anbia Iran memberi amaran bahawa “menghantar sebarang peralatan ketenteraan atau sistem radar melalui laut atau udara, oleh mana-mana negara, untuk membantu rejim Zionis (Israel), akan dianggap sebagai penyertaan dalam pencerobohan terhadap Republik Islam Iran dan akan dianggap sebagai sasaran yang sah bagi angkatan bersenjata Iran,” menurut Agensi Berita Iran Fars.
ANADOLU, 21.6.2025