TEHRAN, 24 Jun – Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberikan reaksi terhadap dakwaan dibuat Presiden AS Donald Trump mengenai gencatan senjata antara Iran dan rejim Israel.
“Seperti yang Iran telah berulang kali jelaskan: Israel melancarkan perang ke atas Iran, bukan sebaliknya,” tulis Araghchi di X.
“Setakat ini, TIADA “perjanjian” mengenai sebarang gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan. Namun, dengan syarat rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya jam 4 pagi waktu Tehran, kami tidak berhasrat untuk meneruskan tindak balas kami selepas itu,” tegasnya.
“Keputusan muktamad mengenai pemberhentian operasi ketenteraan kami akan dibuat kemudian,” akhirinya.
MEHR