Muhammad, kembar siam dipisahkan di Riyadh pada 2002, kini lawan kanser di hospital sama

Muhammad Rosli beransur pulih dalam rawatan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh Saudi. BH ONLINE – Foto ihsan Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR – “Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia,” kata Muhammad Rosli, 27, kembar siam yang kini sedang dirawat di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.

Sepanjang lapan bulan di Arab Saudi, Muhammad perlu menempuh lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi. Kini Muhammad disahkan pulih dan sedang menjalani rawatan susulan di hospital terbabit.

Bagai sirih pulang ke gagang, selepas lebih dua dekad, Muhammad kembali ke hospital yang menjalankan pembedahan memisahkan dia dan abangnya, Ahmad.

Keadaan pasangan kembar siam, Muhammad dan Ahmad sebelum dipisahkan. BH ONLINE – Foto ihsan Muhammad Rosli

Muhammad yang dilahirkan sebagai kembar siam pernah menggemparkan negara selepas menjalani pembedahan pembahagian hati dengan abangnya, Ahmad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001.

Kemudian, pada September 2002, mereka dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.

Laporan Harian Metro memetik Muhammad berkata, dia ke Riyadh, Arab Saudi, selepas mendapat jemputan untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Kembar Siam 2024 pada November lalu yang turut disertai 40 kembar siam dari seluruh dunia.

Katanya beberapa minggu sebelum terbang ke Arab Saudi, dia berdepan masalah kesukaran membuang air kecil dan sempat menerima rawatan di hospital sehingga pulih seperti sedia kala.

“Pada hari pertama menghadiri persidangan, masalah itu kembali berulang dan saya terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat batu karang pada pundi kencing dan pembedahan perlu dijalankan.

“Ketika pembedahan untuk mengeluarkan batu karang itu dijalankan, doktor menemui tumor di pundi kencing yang jarang berlaku.

“Walaupun diberi pilihan untuk pulang untuk mendapatkan rawatan di Malaysia, saya membuat keputusan untuk terus kekal di hospital yang berjaya memisahkan saya dan abang,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjalani rawatan, dia yang ditemani bapanya terpaksa menjalani lima pusingan kemoterapi pada setiap dua minggu.

“Selepas menjalani kemoterapi pusingan kelima, pemeriksaan mendapati tumor pada pundi kencing tidak menunjukkan perubahan positif. Pada ketika ini, saya berasa agak sedih kerana akan berada lebih lama di Arab Saudi.

“Atas nasihat doktor, saya menjalani pembedahan membuang tumor dan pundi kencing selama sembilan jam pada Mei lalu,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas pembedahan, usus Muhammad pula berdepan masalah dan perlu menjalani tiga pembedahan dalam tempoh seminggu.

“Selepas pembedahan itu, lima minggu makanan terpaksa diberikan dengan menggunakan jarum untuk mengelakkan masalah usus berulang. Hanya dua hari lepas, baru saya dapat makan seperti biasa,” katanya.

Muhammad menerima kunjungan Ketua Penyelia KSrelief, Dr Abdullah Al Rabeeah (tengah) yang turut terbabit dalam pembedahan memisahkannya dengan Ahmad dua dekad lalu. BH ONLINE – Foto ihsan Muhammad Rosli

Muhammad bersyukur sepanjang di Arab Saudi, kos rawatan, penginapan dan pengangkutan ditampung King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief).

“Doktor memberikan rawatan terbaik dan jururawat dari Malaysia yang bertugas di hospital sentiasa memastikan saya dalam keadaan baik dengan sering melawat dan membawa makanan Malaysia yang sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap tanah air.

“Kini keadaan saya sudah semakin beransur pulih dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat. Saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia kerana rindukan keluarga dan makanan di sana.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric