LIMA, 25 Julai – Sekurang-kurangnya 18 orang maut dan 24 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Junin tengah Peru, menurut media tempatan La Republica pada Jumaat.
Kemalangan itu berlaku apabila bas dua tingkat dari syarikat Expreso Molina Lider Internacional jatuh ke dalam jurang di lebuh raya tengah dekat daerah Talca di wilayah Tarma.
Anggota Jabatan Bomba Tarma, polis negara, dan anggota kesihatan tiba untuk menyelamatkan mangsa yang cedera, beberapa daripadanya terperangkap di antara besi terpintal, menurut TV Peru dikendalikan kerajaan.
Mereka yang terjejas telah dipindahkan ke Hospital Felix Mayorca di Tarma.
XINHUA