SHIJIAZHUANG, 28 Julai – Empat orang terbunuh dan lapan lagi masih hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Hebei, utara China awal Isnin, kata pihak berkuasa tempatan.
Tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat, melanda kampung di daerah Luanping, bandar Chengde. Usaha menyelamat sedang dijalankan.
XINHUA