Warga emas dengan 120 kesan sengatan tebuan meninggal dunia

SIK — Lelaki warga emas yang cedera akibat disengat tebuan di Kampung Jelutong, semalam meninggal dunia malam tadi.

Mangsa, Ahmad Dahman, 73, bersama seorang anaknya memanjat pokok dokong untuk mengambil buah itu kira-kira jam 4.30 petang.

Ketika hendak turun, mangsa dipercayai diserang tebuan menyebabkan dia mengalami kecederaan di seluruh badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.50 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sik.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sik dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik pada jam 5.40 petang.

“Ketika dibawa ke hospital, mangsa masih sedar dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kira-kira 120 kesan sengatan tebuan pada tubuh badannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 9.50 malam selepas doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Beliau berkata, kematian mangsa dipercayai berpunca akibat ‘Sengatan Hornet Besar-besaran Dengan Kegagalan Berbilang Organ’ (Massive Hornet Stings Envenomation With Multi Organ Failure) selain mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kolesterol serta pernah mengalami angin ahmar.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric