Haram berkahwin kerana susuan

Ada tujuh golongan wanita yang diharamkan berkahwin kerana susuan. Al-Quran hanya menyebutkan dua golongan. Bakinya disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya.

Tujuh golongan itu ialah:

1. Ibu susuan – iaitu ibu yang menyusukan kamu.

Turut diharamkan ialah ibu kepada ibu (nenek) susuan, nenek kepada ibu susuan sebelah ibu dan nenek kepada ibu susuan sebelah bapa . Tidak boleh mengahwini salah seorang daripada mereka.

2. Adik beradik perempuan susuan – iaitu perempuan yang menyusu dengan ibu kamu atau kamu menyusu dengan ibunya atau kamu dan dia menyusu dengan perempuan yang sama.

Apabila perempuan itu menyusu dengan ibu kamu, dia menjadi haram kepadamu dan kepada semua adik beradikmu. Tetapi kamu boleh berkahwin dengan adik beradik perempuannya yang lain kerana mereka tidak menyusu dengan ibumu.

Jika kamu menyusu dengan ibu perempuan itu, kamu diharamkan berkahwin dengannya dan dengan semua adik beradik perempuannya. Tetapi dia dan adik beradik perempuannya boleh berkahwin dengan adik beradik lelakimu kerana mereka tidak menyusu dengan ibumu dan adik beradik lelaki kamu tidak menyusu dengan ibunya.

Pengharaman berkahwin dengan ibu dan adik beradik perempuan susuan adalah berpandukan firman Allah bermaksud: “Dan (diharamkan kamu berkahwin dengan) ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara (iaitu adik beradik) perempuan kamu yang susuan.” (Surah an-Nisa, ayat 23)

3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.

4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.

5. Ibu saudara susuan iaitu adik beradik susuan dengan bapamu.

6. Ibu saudara susuan iaitu adik beradik susuan dengan ibumu.

7. Anak perempuan susuan iaitu perempuan yang menyusu dengan isterimu. Ini bererti kamu menjadi bapa susuannya.

Rasulullah SAW menjelaskan perkara itu dengan sabdanya, mafhumnya: “Sesungguhnya penyusuan mengharamkan apa yang haram dengan sebab kelahiran (keturunan).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Abbas RA berkata Nabi SAW bersabda mengenai anak perempuan Hamzah RA, mafhumnya: “Dan tidak halal bagiku. Diharamkan dengan sebab susuan apa yang diharamkan dengan sebab keturunan. Dia adalah anak perempuan saudara susuanku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan seseorang perempuan, dia diharamkan berkahwin dengan bapa susuan, anak susuan, adik beradik susuan, anak saudara susuan, adik beradik susuan bapanya dan adik beradik susuan ibunya.

Haram berkahwin dengan susuan disebabkan hubungan perkahwinan:

1. Ibu mentua susuan – iaitu ibu yang menyusukan isteri kamu.

2. Anak tiri susuan – iaitu perempuan yang disusukan oleh isterimu tetapi dari susu suami yang lain.

3. Isteri bapa (ibu tiri) susuan.

4. Isteri anak (menantu) susuan – iaitu isteri kepada lelaki yang disusukan oleh isterimu.

Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR