Perempuan yang haram dikahwini

Islam mensyariatkan dan menggalakkan perkahwinan. Namun, Islam mengharamkan berkahwin dengan beberapa golongan perempuan.
Perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua iaitu (a) haram selama-lamanya dan (b) haram bagi sementara waktu.

Haram selama-lamanya

Maksud haram selama-lamanya ialah perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki untuk selama-lamanya walau bagaimanapun keadaan dan ketika. Haram untuk selama-lamanya disebabkan tiga faktor:
i. Hubungan keturunan (nasab)
ii. Hubungan perkahwinan
iii. Faktor penyusuan

Haram kerana hubungan keturunan

Tujuh golongan yang diharamkan kerana hubungan keturunan iaitu:

1. Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa. Golongan ini diistilahkan sebagai usul manusia (kerana dianggap sebagai asal kepada seseorang manusia). Tidak boleh dikahwini salah seorang daripada golongan ini.

2. Anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan cucu perempuan daripada anak perempuan. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ (cabang) manusia (kerana dianggap sebagai cabang kepada keturunan manusia). Mereka juga haram dikahwini.

3. Adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa ataupun seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ ibu bapa (kerana mereka dianggap sebagai cabang daripada ibu bapa). Mereka haram dikahwini selama-lamanya.

4. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki yang seibu sebapa atau sebapa ataupun seibu.

5.Anak perempuan kepada adik beradik perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.

6. Ibu saudara sebelah bapa iaitu adik beradik perempuan kepada bapa. Begitu juga saudara sebelah bapa sebapa dan ibu saudara sebelah bapa seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah bapa. Mereka haram dikahwini dalam apa juga keadaan.

7. Ibu saudara sebelah ibu atau adik beradik perempuan sebelah ibu. Begitu juga ibu saudara sebelah ibu seibu dan ibu saudara sebelah ibu sebapa. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah ibu. Mereka haram dikahwini selama-lamanya.

Pengharaman mengahwini golongan berkenaan berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara (iaitu adik beradik) perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibu kamu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan saudara lelaki kamu (anak perempuan kepada adik beradik lelaki), anak-anak perempuan saudara perempuan kamu (anak perempuan kepada adik beradik perempuan.” (Surah an-Nisa, ayat 23)

Jika akad berlaku dengan salah seorang daripada golongan ini, akadnya adalah terbatal. Jika seseorang menghalalkan perbuatan ini, dia menjadi kafir.

Berdasarkan fakta berkenaan, seorang wanita diharamkan berkahwin dengan bapa, datuk sebelah bapa, datuk sebelah ibu dan keseluruhan orang yang menjadi punca kelahirannya. Dia juga diharamkan berkahwin dengan anak lelaki, cucu daripada anak lelaki, cucu daripada anak perempuan serta seluruh cabang keturunannya.

Dia juga diharamkan berkahwin dengan adik beradiknya yang seibu sebapa, adik beradik sebapa dan adik beradik seibu. Dia juga diharamkan berkahwin dengan anak saudara daripada adik beradik lelaki dan anak saudara daripada adik beradik perempuannya.

Begitu juga diharamkan dia berkahwin dengan bapa saudara sebelah bapa dan bapa saudara sebelah ibu, bapa saudara ibu dan bapa saudara bapanya.

Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR