Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh kenderaan SUV dinaiki suspek kes pecah rumah

SHAH ALAM — Tiga lelaki suspek kes pecah rumah bertindak agresif melanggar motosikal polis sebelum melarikan diri ketika cuba ditahan dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, susulan tindakan melulu suspek dipercayai warga tempatan itu, anggota di lokasi melepaskan satu das tembakan pada tayar kereta Proton X50 yang dinaiki suspek.

Katanya, pihaknya menerima laporan pada jam 2.40 petang berhubung sebuah rumah di kawasan Telok Panglima Garang dipecah masuk sekumpulan lelaki dan anggota balai dan kereta peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian.

“Apabila anggota yang menunggang motosikal tiba di lokasi, suspek bertindak melanggarnya sebelum anggota terbabit melepaskan satu das tembakan pada tayar kereta bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri.

“Kereta dengan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai dinaiki tiga suspek lelaki warga tempatan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan tiga lelaki berkenaan dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sabit kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Fadzi Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang memaparkan dua lelaki memecah masuk sebuah rumah dan jenayah tersebut disedari jiran mangsa.

Terdapat juga rakaman menunjukkan sebuah kereta Proton X50 berwarna biru dipercayai digunakan suspek dalam kejadian pecah rumah berkenaan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric