Alif Teega dan Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah, salah guna wang infak lebih RM1.52 juta

SHAH ALAM — Pasangan suami isteri pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menyalahgunakan wang infak lebih RM1.52 juta, tiga tahun lalu.

Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

“Faham pertuduhan, mohon dibicarakan,” kata mereka dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-10, pasangan kontroversi itu didakwa mencapai niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM1,526,372.16 juta.

Wang derma itu antaranya untuk projek infaq kurma; infak al-Quran di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Al-Nabawi, Madinah; infak pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah; infak bantuan dan sedekah set pakaian untuk mangsa banjir, sedekah set pakaian raya untuk anak-anak yatim serta sedekah ibadah korban di Makkah.

Jumlah paling besar didakwa disalah guna adalah RM425,890.64 iaitu bagi tujuan infaq bantuan mangsa banjir sementara paling rendah pula adalah RM438.38 iaitu bantuan set pakaian muslimah untuk bantuan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mei 2021 hingga Julai lalu di dua cawangan bank berbeza di Seksyen 8 dan 9, Bandar Baru Bangi mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh mencadangkan supaya setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang serta syarat tambahan seperti melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

“Bagaimanapun, tertuduh pertama (Alif) berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September lalu dan dia sudah pun menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah di sana,” katanya.

Sementara itu, peguam Mohd Shahrullah Khan yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, anak guamnya bersetuju dengan jumlah jaminan ditawarkan pendakwaan selain menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama bagi menghadiri perbicaraan.

“Tawaran jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah,” katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Awang Kerisnada menetapkan Alif dan Aisyah masing-masing diikat jamin RM50,000 berserta syarat tambahan kedua-duanya perlu melapor diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan dan tertuduh kedua (Aisyah) dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

“Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infak iftar di Makkah, Syria dan Palestin serta ibadah korban berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.

Pada 11 Julai lalu, Alif dan Aisyah direman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.

Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric