Mayat lelaki terapung ditemui, dipercayai disambar buaya di Kuala Baram

KUCHING — Mayat lelaki yang hilang ketika memeriksa pukat yang dipasangnya di tebing sungai di Batu 4, Kuala Baram, di Miri, semalam ditemui terapung, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mayat Minggu anak Ikum, 59, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi kira-kira empat kilometer dari pukat yang dipasangnya.

“Mayat mangsa ditemukan terapung dan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dikatakan turun ke tebing sungai semalam, namun tidak kembali ke rumah sehingga jam 5 petang.

Berikutan itu, anaknya memeriksa di lokasi mangsa memasang pukat, selepas cubaannya menghubungi telefon bimbit mangsa sebelum itu gagal.

Bagaimanapun, anak mangsa hanya menemui barang milik mangsa di tebing sungai.

“Pukat milik mangsa juga didapati koyak dan kesan buaya ditemui di tebing sungai,” katanya.

Berikutan itu, anak mangsa memaklumkan kepada penduduk kampung dan mereka mula mencari di kawasan sekitar.

Selepas gagal mengesannya, anak mangsa membuat laporan polis sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi pada jam 5.55 petang.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric