“Saya tiada peluang sampaikan pandangan” – Teresa Kok

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjelaskan beliau tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangan berhubung pensijilan halal melalui saluran dalaman.

Justeru, Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, beliau mengutarakan masalah dan suara hati rakyat berbilang kaum.

“Itu sebabnya saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan ini.

“Kenyataan saya tidak sama sekali bermaksud saya mempersoalkan pensijilan halal, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau tidak menghormati agama Islam.

“(Lagi pun) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang membangkitkan cadangan itu melalui forum terbuka tanpa mengadakan libat urus dengan wakil rakyat terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Teresa dalam satu kenyataan di media sosial dilaporkan berkata, pelaksanaan pensijilan halal harus bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Beliau berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, hari ini polis membuka kertas siasatan terhadap Teresa bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya menerima lima laporan di seluruh negara berkaitan kenyataan itu.

Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Teresa menjelaskan beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ingin memanggilnya untuk memberi keterangan.

Katanya, beliau menyokong usaha kerajaan, khususnya JAKIM untuk mempromosi pensijilan halal dalam industri makanan dan minuman.

“Sebenarnya standard yang digunapakai oleh JAKIM dalam pensijilan halal adalah di antara yang paling tinggi di dunia.

“Saya mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak tahun 2008 bila saya pegang Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini,”

Tambahnya, dalam banyak pertemuan dengan rombongan dan agensi kerajaan asing, salah satu agenda yang dibangkitkan adalah meminta mereka mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia sekiranya ingin mengeksport makanan ke negara ini atau negara Islam yang lain.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR