7 ditahan terbabit kes samun dan cederakan suami isteri

MELAKA — Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (BSJD) Melaka Melaka Tengah bersama BSJD Jasin menangkap enam lelaki dan seorang wanita disyaki menyamun serta mencederakan sepasang suami isteri di Kampung Bukit Larang, Pernu, dekat sini, minggu lalu.

Semua suspek ditahan di sebuah inap desa di Merlimau pada 26 dan 27 September lalu bersama barangan milik mangsa serta parang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dilakukan hasil siasatan ekoran aduan dibuat anak perempuan mangsa berusia 19 tahun mengenai kejadian berlaku pada 26 September lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurutnya, berdasarkan laporan, pengadu mendakwa sebelum kejadian dia terdengar suara lelaki memberi salam, namun tidak membuka pintu.

“Kemudian tiga lelaki menerpa masuk selepas memecahkan pintu kayu dan terus ke bilik ayah dan ibu pengadu.

“Pengadu mengenali seorang daripada suspek adalah rakan bapanya yang bertindak memukul ayah pengadu di dahi menggunakan kayu cota serta merampas dompetnya.

“Lelaki itu terus memukul pipi kiri dan belakang badan ayah pengadu yang berlari ke ruang tamu dan ibunya yang cuba menghalang mengalami cedera di tangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Christopher berkata, seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang kemudian menyerbu ke bilik pengadu dan suami serta mengarahkan mereka keluar.

“Suami pengadu turut diacu parang di perut dan leher sebelum suspek menggeledah bilik dan mengambil jam tangan serta dompet.

“Suspek mengumpulkan semua mangsa di ruang tamu dan mengarahkan mereka menyerahkan telefon bimbit sebelum beredar kira-kira jam 4.20 pagi.

“Bapa mangsa cedera di dahi dan pipi kiri serta luka koyak di belakang badan manakala ibunya mengalami bengkak pada tangan kanan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum beredar suspek memulangkan semula telefon bimbit suami dan ibu pengadu serta memberitahu mereka mencari individu bernama ‘Black’ berkait satu kes rogol ketika disoal mangsa.

Menurut Christopher, hasil siasatan sepasukan polis Bahagian D9 (Siasatan Khas) berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita menerusi serbuan pertama di inap desa berkenaan pada hari kejadian kira-kira jam 10 malam dan merampas sebuah telefon bimbit Iphone XS Max,

“Suspek ketujuh ditahan keesokkan harinya jam 12.30 tengah malam.

“Hasil ujian saringan air kencing, semua suspek berusia 25 hingga 37 tahun didapati positif syabu dan turut memiliki dua hingga lapan rekod jenayah.

“Menerusi serbuan kedua, kita turut merampas sebuah kereta Proton X50, tiga bilah parang, kad pengenalan serta lesen memandu atas nama seorang individu,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric