Mahkamah tolak permohonan Muhyiddin dapatkan pasport untuk ke Uzbekistan

KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya.

Perkara itu diputuskan Hakim Azura Alwi selepas mendapati alasan dikemukakan pemohon tidak mewajarkan mahkamah melepaskan pasport itu.

Azura berkata, walaupun ditolak pemohon tidak dihalang menjalani kehidupan dan menjalankan tanggungjawabnya.

“Pemohon masih boleh bercuti atau meraikan apa-apa keraian cuma bukanlah di luar negara,” katanya.

Sebelum itu, ketika hujahan, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin berkata tiada risiko anak guamnya untuk melarikan diri kerana ahli keluarganya berada di Malaysia.

“Beliau tidak pernah gagal hadir ke mahkamah jika kehadirannya diperlukan dan telah beri kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dalam afidavit permohonannya memohon mahkamah mengembalikan pasport antarabangsanya selama lapan hari bermula 4 hingga 14 Oktober depan.

Ia untuk membolehkan beliau dan isteri melakukan perjalanan singkat ke Uzbekistan sebagai bentuk rehat dari pelbagai cabaran dihadapinya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat membantah permohonan itu dengan menyatakan kesalahan dipertuduhkan terhadap pemohon adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin seperti mana dikemukakan pihak saksi.

“Pihak pendakwaan membantah atas alasan diberikan adalah remeh dan tidak munasabah.

“Alasan digunakan pemohon adalah untuk bercuti kerana tertekan dengan pertuduhan mahkamah, selain itu pemohon juga menunjukkan bahawa beliau sangat penat dan perlu bercuti di luar negara bersama keluarga.

“Ini adalah satu alasan yang remeh, percutian dan sambutan ulang tahun boleh dibuat di Malaysia,” katanya.

Mahkamah sebelum ini pernah memulangkan sementara pasport kepada Muhyiddin atas pelbagai alasan termasuk melawat ahli keluarga, mendapatkan rawatan perubatan serta menghadiri program di luar negara.

Terbaru pada 3 Julai lalu apabila Muhyiddin memohon untuk menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

Muhyiddin, 77, didakwa menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu untuk menerima suapan RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi BERSATU.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik BERSATU di CIMB Bank Cawangan Menara KL antara 25 Februari dan 16 Julai 2021, serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lalu atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric