Polis buru penghantar makanan curi duit tabung masjid RM3,000

KUALA LUMPUR — Polis sedang memburu seorang penghantar makanan kerana disyaki mencuri wang derma RM3,000 dari dua tabung sebuah masjid di USJ 4, Subang Jaya dekat sini, semalam.

Kejadian disedari setiausaha masjid terbabit kira-kira jam 9.30 malam, semalam selepas mendapati dua tabung berkenaan diumpil dan wang derma di dalam kedua-dua tabung itu lesap.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata hasil siasatan dan semakan rakaman kamera litar terutup (CCTV), mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, semalam.

Katanya, suspek adalah seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya, dilihat memakai baju biru, seluar panjang warna coklat dan bertopi keledar warna merah serta menggalas beg ‘ShopeeFood’ warna oren.

“Dia dilihat menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna merah namun kita tidak dapat pastikan nombor pendaftaran motosikalnya.

“Suspek mengumpil dua buah tabung masjid yang terletak di foyer pintu masuk masjid menggunakan besi sehingga rosak dan mencuri wang dalam tabung itu dianggarkan RM3,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, kedua-dua tabung berkenaan adalah tabung derma untuk pembangunan dan utiliti masjid.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627222 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574).

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR