BAGHDAD — Kementerian Minyak Iraq berkata pada Jumaat negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya dan mengurangkan eksport minyak mentahnya kepada 3.3 juta tong sehari, sejajar dengan komitmennya kepada perjanjian OPEC+ mengenai pengurangan pengeluaran.
“Kami mengesahkan bahawa Iraq telah menurunkan pengeluaran minyaknya dan mengurangkan eksportnya kepada 3.3 juta tong sehari, bersama-sama dengan mengehadkan penggunaan domestik,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
XINHUA