Yusoff Rawther didakwa edar ganja, berdepan hukuman penjara seumur hidup

KUALA LUMPUR — Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar 305 gram ganja minggu lalu.

Yusoff, 31, didakwa mengedar ganja kira-kira jam 10.15 pagi di hadapan tempat letak kereta surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B(2) membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Dia mengangguk dan memahami pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M S Arunjothy.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Yusoff kerana kes dadah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula sementara menunggu keputusan bahan yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Mahkamah menetapkan 12 November untuk sebutan semula kes.

Yusoff diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Rafique akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu lewat hari ini.

Terdahulu, Yusoff tiba di kompleks mahkamah di bawah kawalan ketat polis hari ini.

Semalam, ketua polis bandar raya Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan seorang lelaki di Bukit Kiara.

Beliau dilaporkan berkata lelaki itu ditahan selepas polis menemui dua pistol tiruan dan blok mampat yang disyaki ganja di dalam kenderaannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki dan mengimport senjata tiruan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dilaporkan Yusoff ditahan Jumaat lalu selepas polis didakwa menemui dua pistol dan 305g ganja di dalam kereta yang dinaikinya.

Rafique berkata Yusoff ditahan sekitar jam 9.30 pagi pada hari sama.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR