‘Anakku dirogol’, kata lelaki yang didakwa bunuh jiran

TAWAU — “Anakku dirogol,” kata lelaki warga Indonesia sejurus selesai dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh jiran yang juga rakan senegaranya awal bulan lalu.

Tertuduh Yohanes Kopong Jawan, 31, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum yang dijalankan secara Zoom.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kesalahan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang juga pemegang pasport Indonesia itu didakwa membunuh mangsa, Martin Sili, 33, di sebuah rumah di sini antara jam 7.30 malam pada 31 Ogos hingga 12 tengah hari 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan bedah siasat diperoleh.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 1 September lalu media melaporkan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPDk Tawau, berjaya menahan suspek dan menyelesaikan kes bunuh dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataannya berkata, tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang individu yang memaklumkan adik lelakinya dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR