Anggota tentera maut ditembak pemburu haram

KUCHING — Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, maut terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram awal pagi, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang berpangkat Koperal berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kapit, pada jam 7.43 pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan lanjut dan polis melancarkan gerakan memburu suspek yang melepaskan tembakan itu.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song itu pada jam 5.57 pagi hari ini.

“Pengadu memaklumkan bahawa seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh orang awam yang memburu di kawasan itu.

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kapit namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, sumber berkata, ketika kejadian mangsa dari Batalion Ke-3, Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) sedang menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi Siri 2/2024.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di pinggang dan paha kiri akibat tembakan yang berlaku pada jam 2.45 pagi.

Beliau berkata, bantuan tiba di tempat kejadian pada jam 3.20 pagi dan mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song dan kemudian mangsa dipindahkan pula ke Hospital Kapit pada jam 5.05 pagi.

Menurutnya lagi, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kapit, mangsa mengalami muntah darah sebanyak dua kali dan dalam keadaan lemah.

“Sebaik tiba di Hospital Kapit pada jam 5.45 pagi, mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.43 pagi,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric