Angkara cemburu, lelaki bantu isteri jiran lapor polis maut ditetak

KENINGAU – Niat baik seorang lelaki membantu jiran membuat laporan polis berakhir tragedi apabila ditetak dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 58 tahun maut akibat cedera parah di tangan selepas ditetak suami jiran yang dibantunya kira-kira jam 9.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman, berkata terdahulu berlaku pertengkaran antara suspek iaitu lelaki berusia 40 tahun dan isterinya.

Katanya, isteri suspek dikatakan lari ke rumah mangsa yang juga jirannya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Keningau.

“Mangsa dan isterinya membantu isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Keningau.

“Namun setibanya di balai, mangsa dihubungi anaknya yang berusia 25 tahun dan memaklumkan suspek dalam keadaan marah di hadapan rumah mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alizam berkata, mangsa kemudiannya bersama seorang lagi anak lelakinya yang berusia tujuh tahun pulang ke rumah menaiki kenderaan untuk melihat keadaan sebenar.

Katanya, isteri suspek turut pulang ke rumah dengan berjalan kaki bagi meredakan kemarahan suspek.

“Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, mangsa berjumpa dengan suspek dan berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Suspek dilaporkan terus menetak tangan mangsa di hadapan anak mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang menyebabkan berlaku pendarahan teruk,” katanya.

Alizam berkata, isteri suspek yang tiba bersama anggota peronda unit kereta peronda (MPV) kemudiannya menemui mangsa yang parah.

Katanya, anggota MPV juga segera memaklumkan kepada pihak hospital untuk memberi bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek bertindak melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan pihak polis.

“Punca pergaduhan antara suspek dan mangsa adalah disebabkan rasa tidak puas hati atau cemburu suspek terhadap mangsa yang menolong isterinya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric