AS melakukan 22 serangan udara terhadap Houthi di utara Yaman

SANAA – Tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan 22 serangan udara menyasarkan beberapa tapak Houthi di seluruh utara Yaman pada awal Selasa, lapor TV al-Masirah kendalian Houthi dan penduduk.

Serangan melanda kawasan timur dan selatan ibu kota Sanaa, Pulau Kamaran di Laut Merah, dan kawasan di utara dan selatan wilayah Marib yang kaya dengan minyak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Penduduk menyifatkan serangan udara itu sebagai sangat kuat dan ganas.

Gelombang serangan udara terbaru berlaku sehari selepas serangan udara AS membunuh empat kanak-kanak dan mencederakan 25 yang lain di Sanaa pada malam Ahad.

Pada 15 Mac, AS meneruskan serangan udara terhadap Houthi bagi menghalang kumpulan itu daripada menyerang kapal Israel berikutan runtuhnya perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas.

Houthi berkata serangan mereka bertujuan untuk menekan penamatan serangan Israel disokong AS di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan kembali.

XINHUA


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook