YANGON, 28 Julai – Empat orang maut dan empat masih hilang selepas banjir melanda negeri Shan di timur Myanmar, kata seorang pegawai polis tempatan kepada Xinhua pada Isnin.
Hujan lebat pada malam Ahad menyebabkan air banjir dari gunung melanda kampung Konesaung di perbandaran Pindaya, menghanyutkan lima rumah dan menyebabkan lapan orang hilang, katanya.
Empat mayat ditemui pada Isnin, manakala operasi mencari mangsa masih diteruskan, katanya.
XINHUA