‘Berniaga untuk teruskan hidup’ – luahan arwah Nurul Hidayah Khalijah dan suami undang rasa sebak

KUALA LUMPUR – Kematian enam beranak selepas kereta mereka naiki disyaki terbabas dan terjunam ke Sungai Koro dekat Jitra, Kedah terus meruntun hati warganet.

Ini terutama selepas tular video lama mangsa iaitu Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendi di media sosial.

Difahamkan, video asal dimuat naik di akaun TikTok pada 22 April tahun lalu.

Menerusi video berkenaan, Nurul Hidayah Khalijah dan Mohamad Azim Izat mempromosikan gerai roti canai diusahakan mereka dan mengajak orang ramai untuk singgah bagi menjamu selera.

Lebih membuatkan rata-rata warganet sebak adalah kerana perkongsian Nurul Hidayah Khalijah yang menyatakan niatnya dan suami berniaga adalah untuk kelangsungan hidup.

“Orang berniaga makan ada dua jenis, satu memang fokus nak kaya.

“Satu lagi cuma nak sambung kehidupan, kami yang kedua …janji dapat teruskan kehidupan,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet sebak menonton video berkenaan dan turut mendoakan semoga roh suami isteri itu serta empat anak mereka yang terkorban dicucuri rahmat.

“Manisnya wajah mereka, sebak rasa, mampu doa saja. Moga Allah SWT kurniakan syahid akhirat niat mereka anak beranak…. berikan kesabaran buat anak sulung yang ditinggalkan,” tulis pengguna Facebook (FB), Madiha Mohamad.

“Sebak, cerita dia pun jujur, berniaga untuk teruskan kehidupan bukan kejar kaya.

“Al-Fatihah, salam takziah, semoga syurga tempat keluarga ini,” tulis seorang lagi pengguna FB, Muhammad Zairin.

“Semoga syurga Firdaus untuk arwah suami isteri, sangat nampak keikhlasan mereka dalam berniaga.

“Allah SWT lebih sayangkan kalian,” tulis Mazlina Rubani.

Media semalam melaporkan jenazah enam sekeluarga yang hilang awal pagi Sabtu lalu selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman ditemukan dalam Proton Iswara di Sungai Korok.

Mangsa disahkan sebagai Mohamad Azim Izat; isterinya, Nurul Hidayah Khadijah dan empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar, enam bulan.

Semua mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang, Jerlun jam 11.50 malam tadi.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric