Bomba potong cincin tersekat pada kemaluan lelaki

IPOH — Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, panggilan diterima daripada pihak hospital jam 9.14 pagi tadi, sewaktu pihak hospital sedang berusaha mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki berusia 37 tahun berkenaan.

Katanya, operasi yang berlangsung di Unit Kecemasan HRPB itu mengambil masa 15 minit susulan sedikit kesukaran.

“Panggilan khidmat khas bantuan itu diterima daripada pihak HRPB bagi memotong cincin pada alat sulit lelaki itu. Setiba di lokasi didapati seorang lelaki tersangkut cincin besi pada kemaluannya.

“Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin itu menggunakan peralatan khas kerana besinya agak tebal,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, dua anggota bomba dikejarkan untuk operasi memotong cincin berkenaan yang tamat jam 10.12 pagi tadi.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook