Bot terbalik di Empangan Linggiu, seorang anggota tentera lemas

Mayat anggota tentera yang lemas di Tasik Empangan Linggiu di Bandar Tenggara, Kota Tinggi dibawa ke Unit Forensik HKT untuk prosedur siasatan.

KOTA TINGGI — Seorang anggota tentera maut akibat lemas di kawasan Tasik Empangan Linggiu di Bandar Tenggara di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, 32, menaiki bot bersama tiga anggota yang bertugas di tasik empangan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata ketika kejadian bot terbabit terlanggar objek dipercayai kayu hanyut menyebabkan semua empat anggota terbabit terjatuh.

“Tiga daripada mereka sempat menyelamatkan diri, namun mangsa tidak timbul di permukaan air.

“Usaha mencari mangsa tidak berhasil sebelum kejadian dimaklumkan kepada penyelia bertugas,” katanya memaklumkan laporan polis mengenai kejadian itu turut dibuat jam 2.35 pagi.

Yusof berkata, susulan laporan itu, pegawai dan anggota Balai Polis Bandar Tenggara dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi serta Bandar Tenggara dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat, selain Unit Skuba Bomba.

“Mangsa dijumpai Unit Skuba jam 11.50 pagi pada kedalaman 13 meter, dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian.

“Mayat dibawa naik ke permukaan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk tindakan prosedur siasatan,” katanya.

Kes diklasifikasi mati mengejut.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric