Budak perempuan hilang ketika ambil makanan di kereta selamat, dipercayai diculik

SHAH ALAM — Enam suspek termasuk dua wanita ditahan polis kerana disyaki menculik kanak-kanak perempuan, Madrafataha Indal Bangsawan, 12, yang dilaporkan hilang dari sebuah flat dekat Bandar Bukit Tinggi 1, Klang pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata tangkapan semua suspek mereka dibuat selepas Madrafataha ditemui selamat jam 2.30 petang kelmarin.

Dalam usaha menjejaki kehilangan kanak-kanak itu, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan flat berkenaan mendapati mangsa mulanya berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi dipercayai diculik.

Susulan bukti diperoleh, polis kemudian mengklasifikasikan semula kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam (kelmarin), enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam; Setia Alam dan Pandamaran oleh sepasukan polis Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.

“Semakan rekod terhadap semua suspek berusia 13 hingga 23 tahun itu mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal juga mendapati kanak-kanak tersebut mengenali seorang daripada suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis turut merampas kereta Perodua Myvi yang dipercayai digunakan sebagai kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Media pada Rabu lalu melaporkan Madrafataha dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di flat dekat Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang pada 8 Oktober lalu.

“Kanak-kanak tersebut turun sendirian dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa mencari kanak-kanak itu tetapi tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric