Cabul remaja di pasar malam, gelandangan dipenjara lima tahun

MUAR — Seorang gelandangan dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar di sebuah pasar malam di Kluang, Julai lalu.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Ho Khek Chung, 50, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dan pemberatan hukuman daripada pihak pendakwaan terhadap kesalahan tertuduh.

Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar malam di Kluang pada jam 4.15 petang, 31 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ditemani ibunya ke pasar malam terbabit untuk membeli makanan.

Ketika mangsa berselisih dengan tertuduh, lelaki itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan terbabit.

Selepas kejadian itu, mangsa menangis dan menceritakan kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditahan pada 31 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR