
1. Jangan suka berjanji, tapi tidak ditunaikan.
Contoh – Seorang daripada pihak pemaju berjanji mahu membaik pulih kediaman yang rosak disebabkan gegaran berpunca pelaksanaan projeknya di lokasi berdekatan, tetapi selepas itu tidak dilaksanakan bahkan terus senyap dan hilang.
2. Jangan mengiklankan sesuatu yang tidak serupa dengan yang sebenar.
Contoh – Seorang mengiklankan produk kecantikan dengan menampilkan wajah cantik wanita, tetapi selepas produk itu digunakan, kesannya tidak seperti dalam iklan.
3. Iklan, pernyataan, tidak seperti realiti dialami.
Contoh – Syarikat menjual domain menyatakan mengenai produk dijualnya iaitu domain untuk tempoh satu tahun pada harga tertentu. Tetapi selepas pelanggan membuat bayaran, domain tersebut masih tidak dapat digunakan, sebab perlu melayani kerenah birokrasi seperti mengisi borang, menandatangani surat (yang selalunya terma dinyatakan menguntungkan pihak penjual dan merugikan pelanggan), menyertakan salinan IC. Akibatnya beberapa hari, domain kekal tidak dapat digunkan. Jika proses itu mengambil masa tiga hari contohnya, maka tempoh yang setahun pada hakikatnya tidak menjadi setahun (365 hari ditolak 3, menjadi 362 hari). Sebab selepas ambil kira tempoh domain tersebut tidak aktif. Maka, 362 atau lebih sebagai contoh, tidak serupa dalam pernyataan diiklankan oleh syarikat domain terbabit. Justuru wujud ruang pembohongan.