Category: NEWS

  • Nasib tiga beradik di Kelantan dapat perhatian MARA

    KUALA LUMPUR — Nasib tiga beradik yang hidup tanpa ibu bapa di Kampung Padang Siam, dekat Tanah Merah, Kelantan mendapat pembelaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Tiga beradik itu Mohd Hakimi Abd Hadi, 18; Mohd Hafizul, 16 dan Nur Hidayah, 13, kini tinggal di rumah disewa yang dibiayai sendiri selepas ibu mereka meninggal dunia akibat barah dua tahun lalu.

    Sementara itu, bapa mereka jarang balik ke rumah selepas bercerai dan kini menetap di Thailand.

    Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau terpanggil untuk membantu selepas menerima maklumat daripada rakan Facebook mengenai kisah menyayat hati tiga beradik itu.

    Beliau berkata, Hakimi mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, manakala Hafizul terpaksa bekerja sebagai buruh binaan untuk menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk tanggungan sekolah adiknya, Hidayah.

    “Kelmarin saya minta sahabat saya, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari (selaku) Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah untuk mewakili saya menziarahi mereka bersama Pengarah KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA) Pasir Mas, Supardi Amaludin dan Pegawai Yayasan Darul Hanan untuk membantu keluarga ini.

    “Alhamdulillah, dengan bantuan KKTM Pasir Mas, Adik Hakimi ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan seterusnya akan menyambung pengajian ke UniKL sehingga mendapat sijil profesional kategori A4 yang menawarkan gaji yang premium.

    “Adik Hafizul juga akan ditawarkan untuk ke GiatMARA bagi mendalami ilmu TVET (Pendidikan dan Latihan teknikal dan Vokasional) yang mampu menjana pekerjaan melalui kemahiran dipelajari, manakala adik Hidayah ditawarkan oleh pengetua sekolah tempatan untuk ditempatkan di asrama serta kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya pengajian oleh Yayasan Darul Hanan,” katanya melalui satu muat naik di Facebook, hari ini.

    Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menegaskan miskin bukanlah alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana hanya dengan ilmu sahajalah yang mampu mengubah nasib keluarga kita.

    “Insya-Allah, saya dan MARA akan terus komited untuk membela dan membantu anak bangsa melalui pendidikan,” katanya.

    BH ONLINE

  • Tiba-tiba minta bantuan wang, profail terlalu hebat antara ‘red flag’ pemangsa ‘love scam’

    KUALA LUMPUR — Polis memberi peringatan kepada individu yang sedang menjalin percintaan di alam maya untuk lebih peka dan berhati dengan tanda-tanda bahaya atau ‘red flag’ agar tidak menjadi mangsa penipuan sindiket ‘love scam’.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata masyarakat perlu cakna dan mengenali tanda penipuan seperti permintaan kewangan secara tiba-tiba oleh kenalan maya mereka.

    Menurutnya, mereka yang menjalin cinta dengan kenalan di alam maya dan tidak pernah bersemuka dinasihatkan tidak mudah percaya kepada sesuatu cerita yang tidak konsisten atau profil yang terlalu hebat dipaparkan kenalan mereka.

    “Kita perlu bersikap skeptikal dengan selalu mempersoalkan niat seseorang, terutamanya jika hubungan baharu dan membabitkan permintaan bantuan kewangan atau maklumat peribadi.

    “Selain itu, gunakan sumber yang boleh dipercayai untuk memeriksa kesahihan individu melalui enjin carian atau berhubung dengan pihak berkuasa jika meragui kesahihan hubungan dalam talian,”katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK, di sini hari ini.

    Ramli turut mengingatkan, mereka yang menjalinkan hubungan dalam talian perlu berbincang dengan rakan atau keluarga untuk mendapatkan pandangan.

    “Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil sebelum membuat keputusan yang membabitkan komitmen kewangan atau peribadi,” katanya.

    Beliau memberi peringatan itu ketika mengulas satu kes ‘love scam’ terbaharu yang berlaku di Perak pada 9 September lalu membabitkan mangsa, seorang peguam wanita berusia 58 tahun.

    Dalam kes itu, katanya mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang mendakwa bekerja sebagai ahli geologi marin sekitar Julai lalu menerusi aplikasi WhatsApp.

    “Suspek kononnya datang ke Malaysia untuk projek pembinaan ‘underwater tank’ di perairan Terengganu. Namun, ketika sampai di Malaysia, semua wang tunainya telah dirompak.

    “Suspek kemudian meminta pengadu untuk membantunya membawa masuk wang ke Malaysia dan mangsa membuat bayaran ke lapan akaun bank yang diberikan,” katanya.

    Secara keseluruhan, katanya mangsa membayar RM1,757,490 dan suspek berjanji keseluruhan wang itu akan dipulangkan semula kepada pengadu.

    “Bagaimanapun, sehingga kini pengadu tidak menerima sebarang pemulangan wang sebagaimana yang dijanjikan.

    “Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

    BH ONLINE

  • 17 ditahan pelaburan palsu Pantheon Ventures hampir RM33 juta

    KUALA LUMPUR — Polis menahan 17 individu disyaki mendalangi sindiket pelaburan palsu ‘Phanteon Ventures’ yang membabitkan kerugian hampir RM33 juta dalam serbuan di seluruh negara.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan itu adalah warga tempatan berusia antara 23 hungga 52 tahun termasuk seorang wanita.

    Menurutnya, dalam serbuan itu baru-baru ini pihaknya turut merampas 13 telefon bimbit, satu komputer riba, enam kad pengeluaran wang (ATM), dua set dokumen pendaftaran syarikat, satu cop syarikat dan satu penyata akaun bank.

    Katanya, pihaknya sedang memburu tujuh lagi individu yang disyaki ada kaitan dengan sindiket berkenaan termasuk enam lelaki.

    “Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK di sini, hari ini.

    Ramli berkata sejak Januari 2024, pihaknya sudah membuka 66 kertas siasatan berkaitan skim pelaburan palsu Pantheon Ventures dengan jumlah kerugian setakat ini mencecah RM32,972,448.15.

    Katanya, sebanyak 20 akaun bank membabitkan tujuh syarikat, 12 perniagaan dan satu akaun persendirian dikesan digunakan oleh sindiket penipuan ini.

    “Berdasarkan siasatan, sindiket ini beroperasi sepenuhnya secara dalam talian dan menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka dunia iaitu Pantheon Ventures untuk mengelirukan mangsa,” katanya.

    Ramli berkata Pantheon Ventures adalah sebuah syarikat pelaburan yang sah berpangkalan di United Kingdom dan ditubuhkan sejak tahun 1982.

    Bagaimanapun, katanya, syarikat ini tidak mempunyai kaitan dengan skim pelaburan Pantheon Ventures yang ditawarkan sindiket penipuan ini.

    Menurutnya, sindiket berkenaan menggunakan media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengiklanan serta komunikasi dengan mangsa.

    “Iklan promosi pelaburan dibuat melalui Facebook dengan mengaplikasikan sistem algorithm Facebook bagi mencapai hasil yang optimum.

    “Tawaran keuntungan yang ditawarkan adalah sekitar enam hingga 400 peratus sehari bergantung kepada pakej ditawarkan,” katanya.

    Selain itu, Ramli berkata mangsa turut diyakinkan pelaburan mereka adalah terjamin dengan adanya bimbingan daripada ‘cikgu trader’ yang kononnya pakar dalam analisis pasaran modal.

    “Bagi tujuan pelaburan, mangsa diarahkan untuk mendepositkan wang ke akaun tertentu atas nama syarikat, perniagaan atau individu dan memuat turun aplikasi APEX dan NEEQ melalui App Store dan Google Store.

    “Bagaimanapun mangsa akhirnya tidak menerima keuntungan sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

    BH ONLINE

  • Jurujual, penjaja tak mengaku ‘suap’ penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

    JOHOR BAHRU — Seorang jurujual syarikat aksesori telefon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), awal tahun ini.

    Tan Poh Wey, 41, mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai itu kepada Syed Hanif Syed Nasir, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

    Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat 53 Mobile Trading kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan gagal mematuhi notis supaya memberhenti perniagaan itu.

    Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Jalan Pulai Mutiara 4/7, Taman Pulai Mutiara, di sini, kira-kira jam 5 petang, 23 Januari lalu.

    Mahkamah kemudian membenarkan bapa dua anak itu diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

    Di mahkamah sama, penjaja di pasar malam, Wong Chee Khoi, 56, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada pembantu penguat kuasa MBIP, Syamsuddin Ab Rahman, 46, tahun lalu.

    Dia dituduh melakukan jenayah itu sebagai dorongan supaya Syamsuddin tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menjalankan perniagaan menjual barang runcit tanpa lesen di Tanah Lapang, Jalan Persiaran Teknologi 1, di sini, jam 8.20 malam, 2 November lalu.

    Mahkamah membenarkan bapa dua anak itu diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

    Kedua-dua tertuduh turut dikenakan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

    Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

    Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

    Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Rais Adha Ramli dan Nur Mahirah Mohd Pauzi, manakala peguam, K Bharathi mewakili Poh Wei dan peguam, Lim Chon Sin mewakili Chee Khoi.

    BH ONLINE

  • Rogol anak OKU, bapa kekal dipenjara 25 tahun, 10 sebatan

    PUTRAJAYA — Seorang bapa kekal dipenjara 25 tahun dengan 10 sebatan kerana merogol anak kandung perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), tahun lalu.

    Hal itu diputuskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuan akhir perayu berusia 38 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada November 2023.

    Dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Ahmad Zaidi berkata kesalahan dilakukan perayu adalah serius kerana mangsa bukan sahaja anak kandung perayu malah seorang OKU.

    “Ini bukan kali pertama perayu melakukan perbuatan ini kerana dia lakukan perkara sama kepada kakak mangsa. Sebagai bapa, kamu telah mengambil kesempatan terhadap anak sendiri yang sepatutnya kamu jaga dan lindungi.

    “Kesalahan rogol terhadap ahli keluarga sendiri semakin berleluasa dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini adalah wajar. Kami tidak nampak apa-apa merit untuk mahkamah ini mengganggu hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

    “Oleh itu, rayuan perayu ditolak,” kata Ahmad Zaidi yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin.

    Lelaki itu diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Oktober 2023.

    Pada 1 November 2023, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya berusia 14 tahun di rumah mereka di Sabak Bernam, Selangor antara jam 8.30 malam dan 9 malam, pada 11 Oktober 2023, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

    Dia turut diperintahkan menjalani kaunseling dalam tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara. Hukuman itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Januari lalu.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad berhujah bahawa hukuman penjara 25 tahun yang dijatuhkan oleh hakim bicara adalah munasabah dan setimpal dengan kesalahan dilakukan perayu.

    “Walaupun perayu telah mengaku salah dan menjimatkan masa semua pihak, namun kesalahan dilakukannya serius dan berat. Tiada hukuman yang dapat mengembalikan maruah dan kesucian mangsa atas perbuatan keji perayu yang juga bapa kandung mangsa,” katanya.

    Menurut Aznee, mangsa ialah seorang OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dan kesalahan itu dilakukan semasa mangsa berada di rumah, yang sepatutnya menjadi tempat berlindung.

    “Di manakah lagi tempat yang selamat jika di rumah sendiri pun jenayah seperti ini boleh berlaku. Perayu bukan sahaja mengkhianati amanah dan tanggungjawabnya sebagai bapa, malah gagal mengawal nafsu dan menyebabkan anaknya menderita dan trauma akibat perbuatan kejinya yang tidak berhati perut,” katanya.

    Aznee berkata, perayu turut dikenakan hukuman penjara 25 tahun kerana merogol seorang lagi anaknya yang berusia 16 tahun yang juga kakak mangsa.

    Peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Selangor, yang mewakili perayu berhujah tempoh pemenjaraan 25 tahun adalah terlalu tinggi dan memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman penjara berkenaan.

    “Perayu ada satu lagi kes iaitu dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan kerana merogol seorang lagi anaknya dan jika mahkamah ini mengekalkan hukuman penjara 25 tahun, perayu akan menjalani hukuman penjara berjumlah 50 tahun.

    “Tempoh pemenjaraan yang terlalu lama akan menyukarkan perayu untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mencari pekerjaan bagi menyara keluarganya termasuk ibu berusia 70 tahun dan empat anaknya,” katanya.

    BH ONLINE-BERNAMA

  • Salah guna visa pelancong antara punca berlakunya ‘counter setting di KLIA

    PUTRAJAYA — Penyalahgunaan visa pelancong oleh warga asing dikenal pasti antara punca utama berlakunya kegiatan counter setting di Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Menurut sumber, kumpulan warga asing khususnya dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar serta beberapa negara lain, didapati masuk ke Malaysia tanpa menggunakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

    Sebaliknya, katanya kumpulan warga asing itu menyalahgunakan visa pelancong untuk masuk bekerja secara haram.

    “Penyalahgunaan visa pelancong bertujuan untuk bekerja secara haram ini, dikenal pasti sangat berleluasa dan membuka peluang kepada warga asing masuk bekerja di negara ini,” kata sumber itu, hari ini.

    Mengulas lanjut, sumber berkata modus operandi itu membuka peluang buat sindiket untuk menjalankan kegiatan counter setting, dengan wang rasuah dibayar pada nilai tertentu kepada penguat kuasa di kedua-dua terminal KLIA.

    “Bayaran yang dikenakan sindiket kepada kumpulan warga asing yang ingin memohon permit kerja ke negara ini, antara RM6,000 hingga RM12,000, dengan menggunakan saluran yang tidak sah,” katanya.

    Menurut sumber itu, kegiatan berkenaan didapati turut menyumbang kepada isu lambakan warga asing mengelak senarai hitam, tinggal melebihi tempoh sah dan bekerja tanpa permit kerja yang sah.

    Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

    BH ONLINE-BERNAMA

  • Bekas pegawai Pos Malaysia didenda RM170,000 kes suapan

    MELAKA — Bekas ketua perancang bahagian pengurusan pengangkutan Pos Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas 17 pertuduhan pilihan menerima suapan RM133,000.

    Hazri Mokhtar, 45, didakwa menerima suapan berkenaan bagi membantu mempercepatkan bayaran oleh Pos Malaysia kepada sebuah syarikat logistik berpangkalan di Kuching, Sarawak, empat tahun lalu.

    Dia dituduh di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, melakukan jenayah itu di Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Munshi Abdullah dan Maybank Melaka Main di Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, di sini, antara 8 Julai 2020 hingga 11 Oktober 2021.

    Hazri didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

    Dia didakwa secara rasuah menerima untuk dirinya wang melalui pindahan dalam talian membabitkan dua akaun berlainan miliknya daripada syarikat OnxOn Logistik Sdn Bhd.

    Pindahan itu didakwa dilakukan melalui lima individu sebagai upah antara RM4,000 hingga RM10,000 untuk tertuduh membantu mempercepatkan bayaran Pos Malaysia kepada syarikat berpangkalan di Kuching berkenaan.

    Bayaran terbabit bagi kerja-kerja ‘outsourcing linehaul’ dan ‘shuttle services’ (khidmat pengangkutan dan ulang-alik di Sabah dan Sarawak).

    Tertuduh didakwa kali pertama di mahkamah sama pada 28 September 2022 atas 26 pertuduhan menerima suapan RM248,000 mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, namun tidak mengaku bersalah.

    Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan menawarkan 17 pertuduhan pilihan selepas menerima representasi dihantar peguam tertuduh sebelum Hazri menukar pengakuan kepada bersalah.

    Tertuduh yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, diwakili peguam, Mohammad Amir Aizat Abd Rani, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athiran Zainudin.

    Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar bagi setiap 17 pertuduhan. Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.

    Mahkamah juga melepaskan tertuduh daripada baki sembilan pertuduhan yang tidak ditawarkan pilihan yang diambil pertimbangan selaras peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

    BH ONLINE

  • Kerja tak dapat, bekas tukang kebun berputih mata wang simpanan RM542,444 hangus

    MUAR — Hasrat bekas tukang kebun mencari pendapatan sampingan berakhir dengan kerugian apabila mendakwa ditipu lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan skim peluang pekerjaan yang tidak wujud di media sosial.

    Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa lelaki warga tempatan berusia 44 tahun mula terjebak dengan skim berkenaan selepas terpandang iklan di Facebook, 20 Ogos lalu.

    Menurut Raiz Mukhliz, melalui perkenalan itu, mangsa ditawarkan peluang pekerjaan iaitu menjual barangan elektronik dalam talian dan dijanjikan komisen lumayan antara 10 hingga 30 peratus daripada nilai jualan.

    “Sebelum itu, mangsa diminta mendaftar sebagai ejen menerusi laman web diberikan dan seterusnya diarahkan memasukkan wang pendahuluan sebagai modal memenuhi permintaan pelanggan.

    “Oleh kerana berminat dan percaya dengan tawaran itu, mangsa tanpa usul periksa terus mendaftar sebagai ejen jualan.

    “Bermula 28 Ogos hingga 15 September lalu, mangsa sudah melakukan transaksi ke dalam lapan akaun berbeza berjumlah RM542,444,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Jelasnya lagi, pada masa sama, mangsa diminta membuat pembayaran lain namun enggan menuruti arahan itu kerana mula berasa tertipu.

    Katanya, sehingga laporan dibuat semalam, mangsa masih gagal mengeluarkan keuntungan seperti dijanjikan.

    “Siasatan mendapati, wang terbabit adalah hasil simpanan sewaktu mangsa bekerja sebagai tukang kebun di luar negara.

    “Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan berkaitan transaksi kewangan.

    “Orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti ‘Mule’ menerusi laman web https://semakmule.rmp.gov.my/.

    BH ONLINE

  • Pengunjung terkejut jumpa mayat tergantung di tangga

    KOTA BELUD — Pengunjung Plaza Alap Bana, di sini gempar dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan tergantung di bangunan berkenaan, pagi tadi.

    Mayat lelaki warga Filipina berusia 24 tahun itu ditemui orang awam sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, pada 5.58 pagi.

    Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki ditemui tergantung di tangga blok C bangunan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud sebaik pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian.

    “Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Shahrudin berkata, lelaki terbabit disyaki menjerut lehernya sendiri dan kejadian dipercayai berkaitan masalah peribadi.

    “Kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

    BH ONLINE

  • Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro tepi jalan

    MELAKA — Remaja lelaki serta adiknya berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal mereka tunggangi merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) petang semalam.

    Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur arwah bapa di Bertam Hulu sebelum makan malam bersama keluarga.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata mangsa Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuannya, Nur Afiqah Sofea Hazlin berusia lima tahun, meninggal dunia semasa dirawat di zon merah Hospital Melaka akibat kecederaan dialami.

    Ketika kejadian Muhammad Amirul menunggang motosikal Demak DV110 dan dibonceng adiknya dari arah Ayer Keroh menghala Sungai Udang.

    “Siasatan awal mendapati sebaik sampai di lokasi kemalangan penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

    “Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng cedera parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Christopher berkata, pihaknya kemudian menerima laporan daripada doktor bertugas bahawa kedua-dua penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia semasa dirawat, masing-masing pada jam 7.40 malam dan 12.30 tengah malam.

    Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengesan pemilik roro dan saksi kejadian.

    BH ONLINE

  • 4 migrants died trying to reach an eastern Greek island in a small boat that sank

    A helicopter and a vessel with coast guards officers take part in a search and rescue operation after a boat carrying migrants ran into trouble off the coast of the eastern Aegean Sea island of Samos, Greece, on Monday, Sep 23, 2024. AP Photo

    ATHENS, Greece — A small boat carrying migrants from nearby Turkey sank Monday in wind-tossed waters in the eastern Aegean Sea just off the island of Samos, killing at least four people, Greek authorities said.

    The bodies of three women and a girl were found in the water. The coast guard said five others were rescued from the sea, and another 26 who safely made it to shore were later found on land.

    A large search and rescue operation by air, land and sea remained in effect because survivors said it was possible one or two people might still be missing.

    Authorities were initially alerted by a local resident who heard screams and cries for help from the sea, local officials said.

    It wasn’t immediately known how the boat, believed to have been a small dinghy, sank, and there was no immediate information on the identities or nationalities of the survivors and the dead.

    Sonia Balleron, the head of the Greece mission for the international medical charity Doctors Without Borders, said the group was “shocked and outraged” by the sinking and was providing emergency support to the survivors.

    “These deaths are the tragic consequence of inhumane migration policies,” Balleron said in a statement. Human rights groups accuse European authorities of failing to provide legal migration paths for people seeking a better life on the continent.

    Greece lies along one of the most popular routes into the European Union for people fleeing conflict and poverty in the Middle East, Africa and Asia. Despite a crackdown by Greek authorities along the land and sea border with Turkey, thousands of people make it across, often from the Turkish coast to Greek islands using flimsy inflatable dinghies.

    In recent months, smugglers have also increasingly turned to ferrying migrants in powerful speedboats.

    AP

  • 6.0-magnitude quake hits 73 km SSW of Gorontalo, Indonesia: USGS

    NEW YORK, Sept. 23 — An earthquake with a magnitude of 6.0 jolted 73 km SSW of Gorontalo, Indonesia at 19:51:03 GMT on Monday, the U.S. Geological Survey (USGS) said.

    The epicenter, with a depth of 149.4 km, was initially determined to be at 0.10 degrees south latitude and 122.89 degrees east longitude.

    XINHUA

  • Hundreds suffer intestinal illnesses due to E. coli outbreak in Egypt’s Aswan

    CAIRO — Egyptian Minister of Health and Population Khaled Abdel-Ghaffa reported on Monday that Aswan Governorate, southern Egypt, has seen a surge in intestinal flu cases, with 480 patients having visited local hospitals.

    During a press conference, Abdel-Ghaffar noted that while most of these patients have been discharged, 78 are still recovering, and 36 remain in intensive care due to pre-existing chronic conditions.

    The minister identified E. coli bacteria as the primary cause of gastroenteritis in the region, attributing the outbreak to the contamination of drinking water with sewage. He indicated that the daily influx of cases at Aswan hospitals has averaged between 18 and 19.

    In response to the outbreak, a collaborative task force has been established, involving the Ministry of Housing, the Drinking Water Company, and Aswan Governorate, to investigate the sources of intestinal infections.

    Abdel-Ghaffar reassured the public that water quality has been verified as safe across all water stations in Aswan, following thorough testing of water samples.

    XINHUA

  • Lebanon says Israeli airstrikes kill at least 492, Israel warns Lebanese to evacuate

    JERUSALEM/BEIRUT — Israel launched airstrikes against more than a thousand Hezbollah targets on Monday, killing 492 people and sending tens of thousands fleeing for safety in Lebanon’s deadliest day in decades, according to authorities.

    After some of the heaviest cross-border exchanges of fire since hostilities flared in October, Israel warned people in Lebanon to evacuate areas where it said the armed movement was storing weapons.

    Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu sent a short video statement addressed to the Lebanese people.

    “Israel’s war is not with you, it’s with Hezbollah. For too long Hezbollah has been using you as human shields,” he said.

    Nasser Yassin, the Lebanese minister coordinating the crisis response, told Reuters 89 temporary shelters in schools and other facilities had been activated, with capacity for more than 26,000 people as civilians fled “Israeli atrocities.”

    After almost a year of war against Hamas in Gaza on its southern border, Israel is shifting its focus to the northern frontier, where Iran-backed Hezbollah has been firing rockets into Israel in support of Hamas, also backed by Iran.

    Israel’s military said it struck Hezbollah in Lebanon’s south, east and north.

    Lebanon’s health ministry said at least 492 people had been killed, including 24 children and 42 women, and 1,645 wounded.

    One Lebanese official said it was Lebanon’s highest daily death toll from violence since the 1975-1990 civil war.

    Israeli Defense Minister Yoav Gallant said Monday marked a “significant peak” in the nearly year-long conflict.

    “On this day we have taken out of order tens of thousands of rockets and precise munition. What Hezbollah has built over a period of 20 years since the second Lebanon War is in fact being destroyed by the IDF,” he said in a statement, referring to the Israeli Defense Forces.

    MORE AIRSTRIKES EXPECTED

    On Monday evening Israel launched a strike on Beirut’s southern suburbs aimed at senior Hezbollah leader Ali Karaki, the head of the southern front.

    Hezbollah later said he was safe and had moved to a secure location.

    About 60,000 people have been evacuated from northern Israel because of cross-border fighting between Israel and Hezbollah.

    Gallant said the campaign would continue until the residents had returned to their homes.

    Hezbollah for its part has vowed to fight until there is a ceasefire in Gaza.

    The Israeli military said it struck about 1,300 Hezbollah targets in Lebanon. There were many secondary blasts when munitions stored inside buildings exploded, Rear Admiral Daniel Hagari said in a statement.

    He said Israeli strikes hit long-range cruise missiles, heavyweight rockets, short-range rockets and explosive drones.

    In response to the strikes, Hezbollah said it launched dozens of missiles at a military base in northern Israel.

    Sirens warning of Hezbollah rocket fire sounded across northern Israel, including in the port city of Haifa, and in the northern part of the occupied West Bank, the military said.

    More attacks were expected in Lebanon.

    Hagari said Hezbollah put weaponry “inside Lebanese villages and civilian homes, and intended to fire them toward civilians in Israel while endangering the Lebanese civilian population.”

    Hezbollah has not commented on the assertion that it has hidden weapons in houses, which Reuters could not independently verify, but it has said it does not place military infrastructure near civilians.

    STRIKES PUT MORE PRESSURE ON HEZBOLLAH

    The strikes have redoubled the pressure on Hezbollah, which last week suffered heavy losses when thousands of pagers and walkie-talkies used by its members exploded.

    The operation was widely blamed on Israel, which has not confirmed nor denied responsibility.

    In New York, Iranian President Masoud Pezeshkian said Israel wanted to drag the Middle East into a full-blown war by provoking Iran to join the Israel-Hezbollah conflict.

    “It is Israel that seeks to create this all-out conflict,” he told journalists after his arrival in New York to attend the UN General Assembly, saying the consequences of such instability would be irreversible.

    The fighting has raised fears that the US, Israel’s close ally, and Iran will be sucked into a wider war.

    Imad Kreidieh, head of Lebanese telecoms company Ogero, said more than 80,000 automated calls asking people to evacuate their areas had been detected on the network.

    Lebanese information minister Ziad Makary said his ministry had received an Israeli call with an order to evacuate its building, but that it would not comply. “This is a psychological war,” Makary told Reuters.

    Suffering from a financial meltdown, Lebanon can ill afford another war like the one that erupted in 2006, when Israel pounded it during a month-long conflict with Hezbollah.

    “If Hezbollah carries out a major operation, Israel will respond and destroy more than this,” said state employee Joseph Ghafary in the Beirut district of Sassine.

    “We can’t bear it.”

    Mohammed Sibai, a shopowner in the Beirut neighborhood of Hamra, said he saw the escalation as “the beginning of the war.”

    “If they want war, what can we do?” he said. “We cannot do anything.”

    AN-REUTERS, Sep 23, 2024

  • Hezbollah says commander alive after Israel strike on Beirut

    BEIRUT, Lebanon — Lebanon’s Hezbollah said commander Ali Karake, who a source reported had been the target of an Israeli strike Monday on Beirut, was alive and had moved to safety.

    In a statement, the Iran-backed movement said “commander Ali Karake is well… and has moved to a safe place.”

    AN-AFP, Sep 23, 2024

  • Houthi group pledges support for Hezbollah against Israel

    ADEN, Yemen — Yemen’s Houthi group on Monday pledged its support for Lebanon’s armed group Hezbollah in its ongoing conflict with Israel.

    “We reaffirm that Yemen stands with Lebanon and its valiant Islamic resistance,” Mohamed Abdul-Salam, the spokesman for the Houthis, stated through the group’s al-Masirah TV, condemning the Israeli “aggression” against Lebanon.

    The Houthi spokesman also called for broader regional involvement, urging other nations in the region to take a more active role in the condemnation of the Israeli attacks. “We call on Arab and Islamic countries to break the silence,” he said.

    On Friday, Yemen’s Houthi Defense Minister Mohammed Nasser al-Atifi stated in a televised address that the Houthi group will continue its attacks against Israel, saying, “We will not stop until the aggression on Gaza stops.”

    The Houthi group, which controls large swathes of northern Yemen, has been attacking international shipping near the country’s coastline since November 2023, allegedly in support of Palestinians in the Gaza conflict.

    XINHUA

  • Tour bus accident injures 13 in Tunisia

    TUNIS — A total of 13 people, including 11 Italian tourists, were injured on Monday after a tour bus veered off the road in the southern suburbs of Tunis, the private radio station Mosaique FM reported.

    “The accident occurred this morning when a tourism bus, carrying 11 Italian tourists, in addition to the driver and the tour guide, veered off the road in Bouficha town coming from Sousse province in east-central Tunisia,” the radio station quoted Moez Triaa, spokesman for the Civil Protection Department as saying.

    According to Triaa, the driver lost control of the bus near Bouficha as the road became slippery after rain.

    Triaa said the injured have been transferred to hospitals for necessary treatments, adding that no serious injuries were reported.

    XINHUA

  • Death toll in Gaza surges to 41,455, over 95,878 injured

    GAZA — Israeli occupation forces committed three massacres against families in the Gaza Strip over the last 24hours, resulting in the killing of at least 24 Palestinians and the injury of 70 others, according to medical reports.

    Local health authorities confirmed that the Palestinian death toll from the Israeli onslaught since October 7 has risen to 41,455 reported fatalities, with an additional 95,878 individuals sustaining injuries. The majority of the victims are women and children.

    According to the same sources, emergency services are still unable to reach many casualties and dead bodies trapped under the rubble or scattered on roads across the war-torn enclave, as Israeli occupation forces continue to obstruct the movement of ambulance and civil defense crews.

    WAFA

  • Albania plans Sufi Muslim microstate within its borders

    TIRANA — Albania plans to establish a sovereign Muslim microstate within its borders run by a Sufi sect known for promoting “religious harmony and dialogue,” Prime Minister Edi Rama announced.

    The tiny Vatican-like enclave within Albania’s capital Tirana will serve as the political home for Bektashi Muslims — the fourth largest religious community in Albania after Sunni Muslims, Orthodox Christians and Catholics.

    The order was founded in the 13th century in the Ottoman Empire and is regarded as a tolerant, mystic branch of Islam open to other religions and philosophies.

    Some of its most important leaders relocated to Albania after being banned in Turkiye in the early 20th century by modern Turkiye’s founding father Mustafa Kemal Ataturk.

    “Our inspiration is to support the transformation of the Bektashi World Center in Tirana into a sovereign state, a new center of moderation, tolerance and peaceful coexistence,” Rama said on Sunday at the United Nations in New York.

    The Bektashi make up an estimated 10 percent of the country’s Muslim population, according to Albania’s 2023 census.

    The Bektashi Order in Tirana praised the decision.

    “The sovereignty of the Bektashi Order is an important step in strengthening the values of inclusion, religious harmony and dialogue in an increasingly divided world,” it said in a statement.

    Citizenship of the new state of roughly 10 hectares (25 acres) will be limited to members of the clergy and individuals dealing with state administration.

    Its government would be headed by the Bektashi’s leader and a council that will oversee its religious and administrative functioning, the statement added.

    AN-AFP

  • Death toll rises to 274 in Lebanon as Israel says 800 sites targeted

    BEIRUT/JERUSALEM — Israeli airstrikes in southern and eastern Lebanon on Monday have killed 274 people and injured over 1,024 as Israel says 800 sites targeted in its most widespread attacks in the country since the onset of the conflict.

    Lebanese Health Minister Firass Abiad announced the staggering death toll in a press conference, noting the casualties include women, children, and paramedics.

    Lebanese military sources, speaking on condition of anonymity, told Xinhua that Israeli warplanes on Monday carried out more than 300 air raids on large areas in eastern and southern Lebanon, targeting around 60 towns in southern and eastern Lebanon.

    “The Lebanese Red Cross and Civil Defense vehicles are working to transport the injured to hospitals across southern and eastern Lebanon,” the sources said.

    Meanwhile, Hezbollah said in a statement, “In response to the enemy’s attacks that targeted areas in the south and the Bekaa Valley, the Islamic Resistance fighters bombed the reserve headquarters of the Israeli army’s northern corps, Galilee Division Reserve Base, and its stores of logistics at Ami’ad Base as well as Rafael’s military-industrial complexes in Zevulun area, north of Haifa with dozens of missiles.”

    Israel Defense Forces (IDF) Spokesman Daniel Hagari said the strikes targeted civilian buildings where Hezbollah allegedly hides rockets, missiles, launchers, drones, and other military infrastructure.

    Since Monday morning, Hezbollah has launched more than 100 rockets into northern Israel, including near Haifa, one of Israel’s largest cities, the military said in a statement.

    At least five missiles were launched toward the northern Israeli-occupied West Bank, an area approximately 100 km from Lebanon, which has not been targeted before during the ongoing conflict.

    The military said its aerial defense systems intercepted some of the projectiles, while others fell within Israeli territory, causing fires. Five people were injured by shrapnel, according to the Magen David Adom rescue service.

    In the recent escalation, following a week of deadly Israeli attacks in Lebanon, Israel called on residents to evacuate ahead of large-scale airstrikes.

    “We are deepening our attacks in Lebanon,” Israeli Defense Minister Yoav Gallant said in a video statement. “The actions will continue until we achieve our goal of returning northern residents safely to their homes,” he added.

    Gallant urged the Israeli public to remain calm in the face of potential escalated attacks by Hezbollah in the coming days. “These are days in which the Israeli public will have to show composure,” he noted.

    XINHUA