LOKASI

  • Isu pensijilan halal: Teresa tuntut ganti rugi RM25 juta daripada Akmal

    KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selepas mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

    Surat tuntutan (LOD) kepada Muhamad Akmal dihantar Teresa menerusi firma Sankara Nair and Partners.

    Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini.

    Justeru, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau diberi tempoh tujuh hari bekerja untuk memberikan maklum balas.

    “Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi,” kata notis itu.

    Berdasarkan salinan LOD dikongsi kepada media, ia merujuk video melalui Tiktok dimuat naik melalui akaun @Drakmalsaleh pada 7 September lalu sebagai respon kepada kenyataan Teresa sehari sebelum itu berkait isu pensijilan halal.

    Video itu sehingga tarikh LOD dihantar menerima 720,500 tontonan, dengan 75,000 tanda suka, 9,314 komen dan 8,784 perkongsian semula.

  • Lelaki dikhuatiri dibaham buaya, anak saudara selamat

    KOTA MARUDU — Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya, manakala anak saudaranya terselamat ketika mandi di Sungai Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini, petang tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Hasbi Hajat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.07 petang.

    Beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

    “Menurut maklumat awal daripada pemanggil, terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi di sungai itu.

    “Seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun terselamat, manakala bapa saudaranya berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, anggota bomba sedang melakukan pencarian di Lokasi kejadian.

    “Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

    BH ONLINE

  • Dua penarik kereta ditemui mati dalam kereta

    AMPANG JAYA — Dua penarik kereta ditemui mati dalam sebuah kenderaan di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang Saujana di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.18 petang.

    “Pemeriksaan ke atas kereta terbabit mendapati enjin masih hidup dan semua pintu serta tingkap dalam keadaan tertutup.

    “Ketika pintu hadapan di buka, terdapat dua lelaki di bahagian pemandu dan penunpang tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah warga tempatan berusia 30 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta.

    “Pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menemui sebarang kecederaan. Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan kedua-dua individu itu sudah meninggal dunia.

    “Mayat mereka dibawa ke Hospital Ampang dan keputusan bedah siasat masih menunggu laporan makmal,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    BH ONLINE

  • 4 remaja Bangladesh jadi buruh paksa diselamatkan JTK

    IPOH — Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak menyelamatkan empat remaja lelaki warga Bangladesh yang disyaki dieksploitasi menjadi buruh paksa di sebuah kilang, dalam Operasi Penguatkuasaan Perburuhan, di sini hari ini.

    Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani, berkata keempat-empat remaja berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun itu, dipercayai bekerja di kilang berkenaan lebih setahun lalu.

    “JTK akan memohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) terhadap keempat-empat mereka di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

    “Penahanan ini juga dilakukan selepas JTK melakukan risikan selama lebih sebulan di kilang sebelum operasi dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Operasi Penguatkuasaan Perburuhan JTK Perak.

    Operasi berkenaan disertai 11 anggota JTK Perak dan tujuh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

    Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang majikan warga China berumur 58 tahun di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007 kerana menggaji pekerja bawah umur.

    Dalam operasi sama, katanya, 36 daripada 224 pekerja asing yang diperiksa ditahan di bawah Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

    Beliau berkata, daripada jumlah yang ditahan, 34 warga Bangladesh, manakala dua warga Nepal yang semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan lanjut.

    Menurut Muhamad Fauzi, pihaknya turut mengenal pasti empat lagi kesalahan, termasuk tiada perakuan penginapan daripada JTK di bawah Seksyen 24D dilakukan kilang berkenaan, yang dipercayai beroperasi sejak lebih lima tahun lalu.

    Kesalahan lain mengikut Akta 446, gagal menyediakan kemudahan asas seperti diperuntukkan Peraturan 4 di bawah Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020.

    “Dua lagi kesalahan dikenal pasti, di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 iaitu gagal melaporkan penggajian pekerja asing, selain gagal memberi notis di bawah Seksyen 63A, Akta Kerja 1955 kerana penukaran nama syarikat,” katanya.

    BH ONLINE-BERNAMA

  • Penjawat awam direman, terima rasuah RM30,000 ubah laporan kimia kes dadah

    SHAH ALAM — Tiga individu, termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

    Perintah reman terhadap seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

    Menurut sumber, dua penjawat awam terbabit dipercayai menerima wang rasuah masing-masing berjumlah RM15,000 secara berasingan pada 2021 dan 2022 sebagai balasan untuk mengubah keputusan laporan kimia berhubung siasatan kes dadah.

    Suspek disyaki menerima rasuah secara berasingan melalui transaksi pindahan wang yang berlaku pada 2021 dan 2022 ke akaun milik suspek daripada akaun bank suspek ketiga yang ditahan kerana disyaki turut bersubahat meminta dan menerima rasuah bagi pihak suspek utama.

    Ketiga-tiga suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan antara jam 9.15 malam hingga 9.30 malam tadi.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    BH ONLINE-BERNAMA

  • ‘Kami terus cuba minta maaf kepada keluarga arwah Nur Syuhada walaupun usaha 9 tahun tak berhasil…’

    ALOR SETAR — Ibu bapa kepada Syarafi Abu, 33, yang terlepas hukuman gantung hari ini, akan terus berusaha memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Nur Syuhada Johari, selepas cuba melakukannya sejak sembilan tahun lalu.

    Abu Husin, 64, dan isterinya, Robiah Alwi, 62, berkata mereka reda dengan ketentuan yang perlu ditanggung Syarafi akibat perbuatan membunuh gadis itu, namun tetap bersyukur dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan hari ini.

    Beliau berkata, tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat anak dihukum mati dan penukaran kepada hukuman penjara 38 tahun yang dikenakan ke atas Syarafi memberi mereka sedikit kelegaan.

    “Kami memang reda, hendak buat macam mana semua Allah tentukan. Dia terlepas hukuman gantung, tetapi penjara 38 tahun memang maksimum, terima kasih juga kepada mahkamah kerana melepaskan dia daripada tali gantung.

    “Jika tidak dia memang akan digantung, tetapi selepas kerajaan tukar hukuman, ia beri kami sedikit harapan. Ketika jumpa Syarafi minggu lalu di Penjara Pokok Sena, dia memang takut hukuman dikekalkan, tetapi peguam minta kami sabar dan janji akan bantu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.

    Dalam kejadian pada 2015 itu, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada yang juga pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hotel UiTM Pulai Pinang, di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Bukit Gantang, Perak, pada jam 11.55 pagi, 2 Februari 2015.

    Dalam kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum Nur Syuhada dikelar di leher dan ditinggalkan di lebuh raya sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta.

    Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini, menukar hukuman mati ke atas Syarafi kepada penjara 38 tahun dan 14 sebatan mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023.

    Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan memerintahkan hukuman penjara ke atas Syarafi berjalan serentak dari tarikh dia ditahan pada 1 Februari 2015.

    Abu berkata, selepas ini dia akan terus cuba menemui ibu bapa arwah Nur Syuhada yang dikenali kerana rumah mereka berdekatan sebelum ini di Jitra.

    “Saya cuba jumpa keluarga arwah Nur Syuhada sebaik selepas kejadian arwah dibunuh, tetapi rakan pesan jangan jumpa dulu. Niat saya cuma mahu minta maaf, perkara sudah berlaku dan kita tak dapat buat apa-apa, cuma dapat minta maaf saja.

    “Insya-Allah biar mereka sejuk dulu, selepas ini saya akan cuba minta maaf lagi. Sejak mereka berpindah ke Alor Setar, saya tidak lagi menemui mereka,” katanya.

    BH ONLINE

  • Casbah building collapse kills woman in Algiers

    ALGIERS — A building collapse in the UNESCO-listed Casbah of Algiers killed a woman and injured three of her family members on Wednesday, emergency services said.

    The uninhabited building fell shortly after midnight onto a neighboring home where the woman lived, said the civil defense agency in the Algerian capital.

    The Casbah, a historic city built on a hill overlooking the Mediterranean, has suffered multiple building collapses in recent years.

    In 2019, five people, including a baby, died when their home collapsed in the old city. Following that incident, the mayor of Algiers was sacked.

    Originally fortified under Ottoman rule in the 16th century, the Casbah played a key role during Algeria’s 1954-1962 war for independence.

    Despite ongoing conservation efforts, many structures remain at risk, propped up solely by wooden and metal supports.

    AN-AFP

  • Russian strategic bomber planes overfly Barents and Norwegian seas, RIA says

    Russian Tu-160 strategic bomber planes flew over the Barents and Norwegian seas as part of a major naval exercise, the state-run RIA news agency quoted the defence ministry as saying on Wednesday. (AFP/File)

    MOSCOW — Russian Tu-160 strategic bomber planes flew over the Barents and Norwegian seas as part of a major naval exercise, the state-run RIA news agency quoted the defense ministry as saying on Wednesday.

    It said the flights were part of the “Ocean-2024” drills that Russia launched a day earlier.

    The exercises, the biggest since the Soviet era, will involve more than 90,000 servicemen, over 400 vessels and 125 aircraft and will run until Sept. 16 across a vast area including parts of the Pacific and Arctic Oceans and the Mediterranean, Baltic and Caspian seas.

    AN-REUTERS

  • Hezbollah member killed in Israeli airstrikes on S. Lebanon

    BEIRUT — Hezbollah said Wednesday that one of its members was killed in intensive Israeli airstrikes on southern Lebanon earlier in the day.

    In a mourning statement, the Shiite group identified the slain fighter as Hani Hussein Ezzedine but provided no details about the circumstances of his death.

    According to Lebanese military sources, who spoke anonymously, the Israeli raids also wounded three civilians, all of whom had been transferred to a hospital in the city of Tyre.

    The sources told Xinhua that Israeli warplanes launched around 30 raids at dawn on Wednesday, targeting open areas deep in southern Lebanon and nine towns and villages along the southern border.

    They said Israeli warplanes fired around 75 air-to-ground missiles on the villages of Zebqine, Majdel Zoun and Tayr Harfa, and the towns of Al-Dhahira and Qleileh in the western sector of the border area in southern Lebanon.

    “The raids also targeted the villages of Khiam, Kafr Kila, and Mays al-Jabal in the eastern sector and the village of Aita al-Shaab in the central sector,” they added.

    Tensions along the Lebanon-Israel border have escalated since Oct. 8, 2023, following a barrage of rockets launched by Hezbollah toward Israel in solidarity with Hamas’ sudden attack on Israel the day before. Israel then retaliated by pounding southern Lebanon, where Hezbollah builds a large number of weapons caches, tunnels, and bunkers, with heavy artillery.

    XINHUA

  • 2 rockets hit U.S. embassy facility, military base near Baghdad airport

    BAGHDAD — Two Katyusha rockets were fired late Tuesday night at a facility belonging to the U.S. embassy and an Iraqi military base near Baghdad International Airport, according to an Interior Ministry source.

    One of the rockets landed near the U.S. embassy’s logistic center at the perimeter of the airport without causing casualties. The other one landed on the counter-terrorism service base near the airport, causing material damage to one of the buildings, the source told Xinhua on condition of anonymity.

    No group has so far claimed responsibility for the attack.

    Iraqi military bases housing U.S. troops and the U.S. embassy in the Green Zone have been frequently targeted by mortar and rocket attacks.

    XINHUA