Cukuplah Islam sebagai nikmat, ketaatan sebagai kesibukan dan kematian suatu pengajaran

Foto hiasan, masjid Umaiyah – Unsplash

Sayidina Ali RA dipetik berkata: Sesungguhnya antara nikmat dunia, cukuplah bagimu Islam sebagai suatu nikmat, antara kesibukan cukuplah bagimu ketaatan sebagai suatu kesibukan dan antara pengajaran cukuplah bagimu kematian sebagai suatu pengajaran.

Berapa ramai manusia yang mengambil pengajaran dengan kematian, sedangkan setiap hari bahkan setiap detik ada yang menemui ajal.

Firman Allah pada surah Ali Imran, ayat 185 bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati…”

Ayat 26, surah ar-Rahman bermaksud: “Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.”

Banyak harta atau miskin, mulia atau hina, cantik dan bergaya atau tidak, berjawatan tinggi ataupun sudah hilang pekerjaan, tinggal di villa mewah lengkap dengan peralatan canggih atau di pondok usang terpencil daripada arus kemodenan, semua akan bertemu dengan mati.

Lari atau carilah tempat berlindung di mana-mana pun, ke ceruk gunung, jauh ke angkasa raya atau bersembunyi di bilik kebal yang bermeter-meter ketebalannya lagi rahsia daripada pengetahuan umum, tidak keluar-keluar, maut tetap mengekori.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah al-Jumuah, ayat 8)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…” (Surah an-Nisa, ayat 78)

Justeru apa yang harus dilakukan?

Kata Abu Laits: Sesiapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amalan soleh dan meninggalkan perbuatan jahat sebab dia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya.

Daripada Anas RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda (mafhumnya): Ada tiga hal yang mengikuti seseorang ketika meninggal dunia iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka, kembali dua hal dan tinggal satu. Keluarga dan hartanya kembali dan yang tinggal adalah amalannya. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Kata Sayidina Abu Bakar as-Siddiq RA sebagaimana dipetik: Sesiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekalan, maka seolah-olah dia mengharungi lautan tanpa bahtera.”

Justeru bersegera membuat kebaikan, rajin-rajin melakukan amalan ketaatan, jauhi kejahatan dan elak sebarang bentuk penganiayaan kepada sesama manusia.

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR