Datuk sangka anak patung terapung rupanya jasad cucu lemas

ALOR SETAR – “Mulanya saya nampak benda terapung, ingatkan anak patung, rupanya cucu saya.

“Saya angkat cucu ke tepi longkang dan cuba memanggil namanya berulang kali tetapi tiada tindak balas… wajahnya pucat dan bibirnya sudah kebiruan,” kata Mohd Hamidan Hashim, 38.

Mohd Hamidan, datuk kepada kanak-kanak perempuan, Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah, 2, yang ditemukan lemas dalam longkang di kawasan kampung berhampiran rumahnya di Lorong Seri, Jalan Langgar di sini malam tadi.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya berhampiran Stadium Darulaman sebelum dihubungi anak sulungnya yang juga ibu mangsa, Siti Nurfarhana Abdullah, 18, yang memaklumkan anaknya hilang dipercayai terjatuh dalam longkang.

Katanya, ketika kejadian, kawasan kampung itu dinaiki air disebabkan limpahan air Sungai Kedah selain air pasang besar yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

“Saya terima panggilan daripada anak kira-kira jam 4.30 petang sebelum terus ke lokasi untuk mencarinya di sekeliling kawasan itu tetapi tidak jumpa kerana air sangat dalam ketika itu.

“Dengan bantuan penduduk kampung, ada yang cuba menyelam mencarinya tetapi tak jumpa sebelum jasad cucu saya timbul kira-kira jam 8 malam tadi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Mohd Hamidan berkata, cucu keduanya itu seorang yang aktif dan sangat rapat dengannya dan memanggilnya dengan panggilan abah.

Katanya, ketika menerima panggilan telefon anaknya, dia tidak sedap hati apabila dimaklumkan cucunya hilang.

“Kawasan ini tak pernah banjir pun, tetapi semalam bila air pasang berlaku dan bertembung dengan limpahan air sungai menyebabkan banjir kilat berlaku sehingga menenggelamkan longkang ini.

“Namun saya reda dengan pemergian cucu walaupun sehari sebelum kejadian dia menunjukkan perubahan sikap tidak mahu makan dan mendiamkan diri,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Yahmin Sairin, 70, berkata, dia ternampak orang ramai mengerumuni kawasan itu pada jam 6 petang sebelum dimaklumkan ada kanak-kanak terjatuh.

Katanya, dia cuba menjolok longkang itu dengan kayu untuk mencari mangsa disebabkan kedalaman longkang itu lebih dua meter.

“Masa tu arus longkang sangat deras dan saya turun berenang dalam longkang itu tetapi tak jumpa sebelum dimaklumkan penemuan mayat kanak-kanak itu sekitar jam 8 malam.

“Longkang ini saya yang bina kira-kira 12 tahun lalu dan sebab itulah saya tahu kedalaman longkang ini tetapi tak sangka banjir yang berlaku semalam agak dalam,” katanya.

Siti Nurfarhana berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dalam rumah kira-kira 30 meter dari longkang berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia menyangka anak bongsu daripada dua beradik itu pergi ke rumah nenek mereka tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Anak sulung yang juga abang mangsa berusia tiga tahun ketika itu ada dalam rumah dan saya tak sedap hati dan terus menghubungi ayah sebelum keluar mencari anak.

“Tidak lama kemudian, ada orang kampung beritahu anak saya jatuh longkang yang ketika itu dinaiki air sungai yang melimpah,” katanya

Jasad kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Jalan Langgar di sini petang ini.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric