BANDAR GAZA, 17 Julai – Dua wanita terbunuh dan beberapa orang cedera berikutan serangan melanda paroki Katolik di Jalur Gaza, kata doktor di Hospital Al-Ahli di bandar Gaza pada Khamis.
Serangan itu merosakkan Gereja Holy Family, satu-satunya Gereja Katolik di dalam enklaf Palestin itu.
Vatican tidak segera menjawab permintaan untuk komen. Pasukan Pertahanan Israel berkata ia sedang meneliti perkara itu.
Agensi berita ANSA Itali berkata enam orang cedera parah, manakala paderi paroki Pastor Gabriele Romanelli, yang selalu mengemas kini mendiang Pope Francis mengenai konflik Israel-Palestin, mengalami kecederaan ringan di kaki.
“Serangan Israel ke atas Gaza juga telah melanda Gereja Holy Family,” kata Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni dalam satu kenyataan.
“Serangan terhadap penduduk awam yang telah dilakukan Israel selama berbulan-bulan adalah tidak boleh diterima. Tiada tindakan ketenteraan yang boleh membenarkan sikap sedemikian,” tambahnya.
REUTERS