Enam pelajar MRSM terbabit kes buli dibuang sekolah

KUALA BERANG – Enam pelajar Tingkatan 5 sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka dibuang serta merta selepas siasatan lembaga disiplin mendapati kes penderaan membabitkan mereka memang berlaku, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, enam pelajar terbabit bukan sahaja digantung dan dicadangkan untuk disingkirkan, tetapi terus dibuang.

“Kita tidak akan berkompromi, pengurusan tertinggi MARA sudah faham prinsip saya sebaik dilantik sebagai pengerusi.

“Pengurusan tertinggi MARA juga diminta tidak melayan sebarang rayuan kerana kita sudah kerap kali memperingatkan untuk tidak berkompromi dengan sebarang bentuk buli,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Dr Asyraf Wajdi ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Hulu Terengganu, di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia (ABM) di Kampung Jenagor, di sini.

Yang turut hadir Pengerusi UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Mahari Tengku Chik.

Selain kejadian terbaharu itu, bulan lalu, seorang pelajar MRSM berusia 14 tahun mendakwa dibuli dengan diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung dan diletakkan selipar atas kepala selama 40 minit, jam 11.30 malam.

Terdahulu pada April, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat yang tular di media sosial, memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata seramai enam termasuk tiga wanita bekas tentera akan dilantik sebagai warden di dua MRSM iaitu di Besut, Terengganu dan di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.

Katanya, mereka akan dilantik sebagai warden penuh masa dan akan melaporkan diri, 1 Ogos ini.

“Kita memberi tempoh percubaan selama enam bulan dan jika menampakkan keberkesanan akan diperluaskan kepada 57 MRSM di seluruh negara,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric