Industri halal: Malaysia raih pelaburan baharu RM4 bilion dari China

SHANGHAI, China — Malaysia meraih potensi pelaburan baharu berjumlah RM4 bilion dari China untuk industri halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen pelaburan itu diraih hasil pertemuan serta mesyuarat beliau dan delegasi Malaysia bersama pemain industri halal China hari ini.

Beliau berkata, pelaburan yang bakal diterima dari 40 syarikat China itu turut merangkumi pelbagai sektor termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

“Potensi yang sudah kami dokongi setakat tengahari tadi, terdapat 40 syarikat (dari China) yang sangat serius untuk melabur di Malaysia, iaitu menurut perkiraan kita, ia bernilai RM4 bilion.

“Tentunya barang keluaran mereka menjadi keutamaan termasuklah makanan dan minuman. Terdapat juga (permintaan pelaburan berkaitan) kawalan farmaseutikal, kosmetik, vaksin serta bahan perubatan herba.

“Oleh kerana mereka mempunyai permintaan besar dari segi penggunaan herba di Malaysia, mereka juga tawar kolaborasi perubatan herba ini dengan universiti kita dan MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia),” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, di Malaysia kini, terdapat 14,300 ekar kawasan yang didedikasi untuk industri halal, di mana kawasan paling besar berada di Tanjung Mas, Sarawak iaitu seluas 9,900 ekar.

“Apa yang kita perlu adalah pelabur dan China pula mahu memasarkan barangan halal mereka dari Malaysia. Untuk itu, mereka bercadang mendirikan kilang di Malaysia dan peroleh sijil halal JAKIM yang membolehkan mereka eksport ke luar negara,” katanya.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan negeri wajar mempermudahkan urusan pelabur, khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur termasuk bekalan air dan api, disamping insentif seperti pengecualian cukai.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau turut menemui Asian Development Invesment Bank dari China yang sedia menawarkan pendanaan pelaburan di peringkat awal berjumlah AS$500 juta (RM2.17 bilion).

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir menyertai Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai, dianjurkan Halal Development Corporation (HDC) yang turut dihadiri pemain industri halal dari Malaysia dan China.

Dalam ucaptama pada forum itu, Ahmad Zahid mencadangkan penubuhan Koridor Perdagangan Halal Malaysia-China, satu inisiatif strategik bagi meningkatkan perdagangan di bawah rangka kerja inisiatif One Belt One Road.

“Ia akan membolehkan kami memenuhi keperluan Halal negara BRICS (kesatuan ekonomi terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan), ASEAN dan Global Selatan dengan lebih baik, sambil memperkemas perdagangan antara China dan Malaysia untuk rantaian bekalan yang lebih cekap,” katanya.

Menerusi koridor ini juga, Malaysia katanya akan membangunkan lebuh raya perdagangan khusus yang menyediakan Pusat Sehenti Halal Dua Negara (Bi-Nation Halal One-Stop Centres).

“Pusat ini akan memudahkan proses import dan eksport, menyediakan protokol yang jelas, menawarkan logistik khusus halal dan memastikan akses lebih cepat ke pasaran tempatan untuk kedua-dua negara.

“Saya berharap inisiatif ini membolehkan China meletakkan Malaysia sebagai hab utama untuk menyaring produk halalnya dan mendapatkan pensijilan Halal Malaysia. Ini akan membuka peluang baru bagi kedua-dua negara mengukuh kedudukan kami dalam ekosistem halal global,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR