JERUSALEM, 23 Jun – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata pada Isnin, ia melancarkan serangan baharu ke atas “beberapa tapak pelancaran dan penyimpanan peluru berpandu permukaan ke permukaan yang bertujuan ke arah wilayah Israel” di Kermanshah, barat Iran.
Lebih 15 jet Tentera Udara Israel menyerang kawasan itu, kata IDF dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia juga menyerang enam lapangan terbang Iran di seluruh negara semalaman, memusnahkan 15 jet pejuang dan helikopter.
XINHUA