TEHRAN, 23 Jun – Tiga orang maut selepas rejim Israel menyerang ambulans di Najafabad, Iran.
“Petang ini (Ahad), rejim Zionis yang membunuh kanak-kanak, dalam tindakan tidak berperikemanusiaan, menyasarkan ambulans yang membawa pesakit di Jalan Shariati dekat Hospital Shahid Montazeri di Najafabad,” Hamidreza Mohammadi Fesharaki, gabenor Najafabad, memberitahu pemberita pada petang Ahad.
Menurutnya, ambulans yang sedang memindahkan pesakit ke hospital rosak teruk akibat serangan dron, dan mereka dalam ambulans itu, termasuk pemandu, pesakit, dan teman pesakit, meninggal dunia.
Akibat dilanda dron itu, ambulans itu terkeluar dari laluannya dan melanggar sebuah kereta yang lalu, tambahnya.
MEHR