Isteri rentung, suami melecur kedai runcit terbakar

BELURAN – Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai runcit di Kampung Nangoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, seorang lagi mangsa yang juga suami wanita berkenaan dilaporkan melecur.

Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai runcit di Kampung Nangoh, di Beluran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superitendan Hasan Majid, berkata kebakaran membabitkan sebuah bangunan kedai papan yang menjual petrol.

Katanya, sebaik menerima makluman, pihaknya segera ke lokasi kejadian bagi membantu dan memantau keadaan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada premis yang menyimpan bahan mudah terbakar, menyebabkan api merebak dengan pantas.

“Dalam kejadian itu, seorang mangsa wanita berusia 58 tahun ditemui rentung di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suami mangsa berusia 60 tahun mengalami kecederaan melecur kira-kira 46 peratus pada badan, tangan dan muka.

Katanya, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat mangsa yang rentung sudah dihantar ke Hospital Sandakan untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran dan setakat ini kertas siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR