Isu pensijilan halal berlaku sebab salah faham – Teresa

PUTRAJAYA — Kontroversi berhubung pensijilan halal berpunca daripada salah faham pelbagai pihak, kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Menerusi posting dimuat naik di akaun Facebook rasminya, beliau turut menyerahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pihak selayaknya untuk membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah faham daripada pelbagai pihak.

Saya rasa lebih baik JAKIM beri penjelasan mengenai isu ini,” katanya.

Isu pensijilan halal menjadi polemik selepas Teresa dalam laporan media berkata, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil, selain bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya dan mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bahawa JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

Terdahulu, Naib Presiden DAP itu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.

Pada mesyuarat itu, JAKIM dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) turut dijemput memberi pembentangan mengenai usaha mereka untuk mempromosi pensijilan halal.

“Saya sempat mengambil gambar dengan Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (Timbalan Ketua Pengarah JAKIM) dan Mohd Zamri Mohamed (Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM).

“Sirajuddin memaklumkan mereka datang ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan saya,” katanya.

Teresa berkata, mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan usaha pensijilan halal itu dijalankan dalam suasana mesra.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR