ISLAMABAD – Angka kematian akibat hujan monsun dan banjir yang berterusan di Pakistan meningkat kepada 104, apabila enam lagi kehilangan nyawa dalam tempoh 24 jam lalu, kata pegawai pada Sabtu.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), dua orang maut di timur laut Punjab, seorang di barat laut Khyber Pakhtunkhwa, dan tiga di barat daya Balochistan dalam kejadian hujan dan banjir.
Sejak 26 Jun, Punjab merekodkan 39 kematian dan 103 kecederaan, manakala Khyber Pakhtunkhwa mencatatkan 31 kematian dan 51 kecederaan.
Di Sindh, 17 orang maut dan 37 yang lain cedera, manakala Balochistan melaporkan 16 kematian dan empat cedera.
Azad Jammu dan Kashmir merekodkan satu kematian dan lima cedera.
Banjir kilat dan hujan lebat kerap melanda Pakistan semasa musim tengkujuh, menyebabkan korban dan kerosakan yang meluas, terutama di kawasan utara dan barat laut.
ANADOLU, 12.7.2025