Jurugambar serang 2 pereka fesyen direman, dituduh esok

KUALA LUMPUR — Seorang jurugambar direman dua hari dan akan dituduh di mahkamah esok selepas menyerang dua pereka fesyen dalam satu majlis di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata lelaki berusia 30 tahun ditahan di tempat kejadian tidak lama selepas insiden berlaku.

Terdahulu, katanya polis menerima aduan berkaitan kejadian serangan itu pada jam 11 malam tadi.

“Kejadian berlaku di ruang legar aras satu Grand Ballroom sebuah hotel di Petaling Jaya.

“Lelaki terbabit (suspek) berjaya ditahan di tempat kejadian oleh pihak polis. Polis turut merampas sebuah kamera yang digunakan dalam serangan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media hari ini melaporkan dua pereka fesyen, Razman dan Razmi cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.

Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata kedua-dua pereka fesyen, masing-masing berusia 47 dan 53 tahun mengalami kecederaan pada bahagian pipi dalam kejadian itu.

“Insiden ini dipercayai berpunca daripada isu peribadi antara suspek dan kedua-dua mangsa

“Suspek direman dua hari sehingga esok untuk siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan lengkap sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan sudah mendapat arahan untuk suspek dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Sementara memetik laporan mStar, pasangan pereka fesyen itu tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh suspek.

Menurut laporan itu, Razman, 53, ketika dihubungi memberitahu dia cukup mengenali suspek dan mengakui ada berhutang sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dilakukan sekitar 2019.

“Dia (suspek) ada membeli kereta milik Razmi dan kemudian hanya menggunakannya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Katanya kereta itu rosak dan dia tinggalkan di tepi jalan. Dia minta kembali jumlah RM20,000 daripada pembelian kereta itu.

“Benar jumlah tersebut masih belum kami selesaikan. Anggaran sehingga kini kami telah membayar dia dengan jumlah RM6,000.

“Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit. Kami juga berikan wang apabila dia mengadu masalah kewangan,” katanya kepada mStar.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric